27 September 2008

Usual Software Problems


Dear Tech Support:

Last year I upgraded from Girlfriend 7.0 to Wife 1.0. I soon
noticed that the new program began unexpected child processing that
took up a lot of space and valuable resources.

In addition, Wife 1.0 installed itself into all other programs and now
monitors all other system activity. Applications such as Poker Night
10.3 ,Football 5.0 , Hunting and Fishing 7. 5 , and Golfing 3.6.

I can't seem to keep Wife 1.0 in the background while attempting to
run my favorite applications. I'm thinking about going back to Girlfriend
7.0, but the uninstall doesn't work on Wife 1.0.


Please help!

Thanks,

Troubled User.....

-------------------------------------------------------------

REPLY:

Dear Troubled User:

This is a very common problem that men complain about Wife 1.0.

Many people upgrade from Girlfriend 7.0 to Wife 1.0, thinking that
it is just a Utilities and Entertainment program. Wife 1.0 is an
OPERATING SYSTEM and is designed by its Creator to run EVERYTHING !!! It is
also impossible to delete Wife 1.0 and to return to Girlfriend 7.0 .. It
is impossible to uninstall, or purge the program files from the system once installed.

You cannot go back to Girlfriend 7.0 because Wife 1.0 is designed to
not allow this. Look in your Wife 1.0 manual under Warnings-Alimony/ Child
Support . I recommend that you keep Wife 1.0 and work on improving the
situation. I suggest installing the background application 'Yes Dear'
to alleviate software augmentation.

The best course of action is to enter the command C:\APOLOGIZE!
because ultimately you will have to give the APOLOGIZE command before the
system will return to normal anyway.

Wife 1.0 is a great program, but it tends to be very high maintenance .
Wife 1.0 comes with several support programs, such as Clean and
Sweep 3.0 ,Cook It 1.5, and Do Bills 4.2 .

However, be very careful how you use these programs . Improper use
will cause the system to launch the program Nag Nag 9.5 . Once this
happens, the only way to improve the performance of Wife 1.0 is to purchase
additional software. I recommend Flowers 2.1 and Diamonds 5.0 !

WARNING!!! DO NOT, under any circumstances, install Secretary With
Short Skirt 3.3 . This application is not supported by Wife 1.0 and
will cause irreversible damage to the operating system!

Best of luck,

Tech Support

25 September 2008

Kg. Tanjung Langsat Revisit







Cinta a.k.a. Bas...

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,

"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."

Jadik, awak katakan pada diri awak,

"Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,

"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,


"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang
tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Moral: jangan terlalu memilih..manusia bukan barang untuk dipilih-pilih. .tetapi hati & perasaan boleh dipupuk..selamat mencuba!


Menawan Hati Seseorang...


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda.. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda..

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa.. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9.. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya..

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan)..

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan..

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama..

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut..

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat... Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri.. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif.. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

23 September 2008

Majlis Berbuka Puasa Getzzone Southern Region Johor

Tarikh: 22nd September 2008
Masa: 6.30pm
Tempat: Daily Fresh Garden, Jusco Tebrau City, JB.
Kehadiran:
1. M.K. + Hanis
2. Ajim
3. Fadli
4. Sham
5. Jerry
6. Girlgetz + Cousin
7. Yus + Fain

Magnificent Seven from the south










19 September 2008

Seafood Seri Bahagia, Kg. Tanjung Langsat


18 Ramadhan, satu lagi perjalanan Jalan-Jalan Cari Makan ke Kampung Tanjung Langsat. Lawatan kali ini disertai oleh Kak Zatil dan Kak Linda (ENC-Gumusut Project). Sebelum ke lokasi restoren ini, kami telah memesan Siakap 3-Rasa, Kailan Ikan Masin, Udang Goreng Tepung, Tom Yam Seafood dan Telur Dadar melalui telefon. Kami sampai di restoren tersebut pada pukul 6.45petang. Lokasi kali ini adalah bersebelahan dengan restoren Mee Bandung Udang yang terkenal itu. Berikut adalah beberapa gambar untuk santapan mata.

Permandangan sewaktu air surut dari Restoren Seafood Seri Bahagia di waktu senja.


Masakan Ikan Siakap 3-Rasa.


Masakan Kailan Ikan Masin.


Masakan Tom Yam Seafood (Ketam dan Udang)


Masakan Udang Goreng Tepung.

Selepas berjaya menghabiskan semua hidangan diatas (licin...) dan membuat bayaran (RM65.50 sangat berpatutan inclusive Kurma, Air Teh O Suam, Air Carrot Susu, Air Epal Susu dan Nasi untuk 3 orang.), Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Kampung Tanjung Langsat untuk menunaikan solat Maghrib. Sekian untuk tatapan kali ini. Terima kasih kepada Kak Zatil kerana belanja kami.

Paku di Dinding



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


"Untuk apakah paku-paku ini ayah?' tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini
bagi melepaskan kemarahan mu," jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,
''Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal".


Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Dikesempatan ini saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin"

14 September 2008

Kenapa Perempuan Melayu Je Kena Histeria?



Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh
kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah
gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina
dan india. Di mana salah nya... ... ..Kita ikuti percakapan antara
bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa
dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik,
ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera,
ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang
dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2
pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua
bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan
itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis
melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... ""Siapa
Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat""
""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak
Mungkin Aku MERASUK... "" ""Aduhai...
kekekeekeeee. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara
tahyul... ..pi buat keja cepat.....

11 September 2008

11th September Evening At Kg.Tanjung Langsat (Mee Bandung Udang)

Time: 7.08pm
Date : 11th September 2008
Venue: Mee Bandung Udang Restaurant, Kg. Tanjung Langsat
Menu: Mee Bandung Udang
Price: Priceless (Payung)


Few scenery for the 'makan' place.

Bridge Under Construction- Desaru via Coastal Highway


Another seafood restaurant...



Distance: 18km from Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang

Which Blood Are You? Episode 04

Which Blood Are You? Episode 03

Powered by Blogger.