19 September 2008

Seafood Seri Bahagia, Kg. Tanjung Langsat


18 Ramadhan, satu lagi perjalanan Jalan-Jalan Cari Makan ke Kampung Tanjung Langsat. Lawatan kali ini disertai oleh Kak Zatil dan Kak Linda (ENC-Gumusut Project). Sebelum ke lokasi restoren ini, kami telah memesan Siakap 3-Rasa, Kailan Ikan Masin, Udang Goreng Tepung, Tom Yam Seafood dan Telur Dadar melalui telefon. Kami sampai di restoren tersebut pada pukul 6.45petang. Lokasi kali ini adalah bersebelahan dengan restoren Mee Bandung Udang yang terkenal itu. Berikut adalah beberapa gambar untuk santapan mata.

Permandangan sewaktu air surut dari Restoren Seafood Seri Bahagia di waktu senja.


Masakan Ikan Siakap 3-Rasa.


Masakan Kailan Ikan Masin.


Masakan Tom Yam Seafood (Ketam dan Udang)


Masakan Udang Goreng Tepung.

Selepas berjaya menghabiskan semua hidangan diatas (licin...) dan membuat bayaran (RM65.50 sangat berpatutan inclusive Kurma, Air Teh O Suam, Air Carrot Susu, Air Epal Susu dan Nasi untuk 3 orang.), Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Kampung Tanjung Langsat untuk menunaikan solat Maghrib. Sekian untuk tatapan kali ini. Terima kasih kepada Kak Zatil kerana belanja kami.

1 comments:

Delaila said...

huhuh... ye ye... tima kaseh jek ke? ih ih ih... glemer aku kat blog nih... huahuahua... ui ui... apesal letak gambo tu ngan entri paku tu? ade kene mengena ke? ;p ;p ;p mcm taw je sape kasik itu gambo... huahua...

Powered by Blogger.