28 November 2008

Make you smile

Pertemuan & Perpisahan


Pertemuan dan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

"Setiap ada pertemuan pasti ada perpisahan,
Kalau kita tidak ingin berpisah maka janganlah bertemu
tapi kalau sudah bertemu, maka bersiaplah untuk berpisah dengannya."


27 November 2008

Cute aka Comel?

Sewaktu penulis berjalan pulang dari kerja, penulis terserempak dengan Pn. Ujicham, penulis sempat bersembang sebentar bersama Pn. Ujicham. Semasa bersembang, tiba-tiba jentera pelik yang comel ini berlalu di hadapan kami. Pn. Ujicham kelihatan tidak berpuas hati kerana tidak dapat mengambil gambar jentera berkenaan. Ketika penulis bertanyakan apa yang istimewa berkaitan jentera berkenaan, beliau mengatakan jentera itu 'cute'. Selang beberapa ketika, sebuah lagi jentera cute itu melintasi kami. Penulis sempat mengambil gambar jentera berkenaan yang dikatakan cute.

Cute?

25 November 2008

AKU, KAU BERBEZA ....AKU, KAU ISTIMEWA ....

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan
isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti
gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya
kurang berbanding lelaki... Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu
menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat
kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak
ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk
ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi
seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga
dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-
Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.
Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

The End or Beginning...

21 November 2008

Nostalgia and Desire

Old logo still found in Holiday Plaza, JB. Really nostalgic...


Desire? Mungkin tidak ramai penggemar piza di Malaysia, but really like it... anyone?

17 November 2008

Nasi Goreng Seafood Stulang

Lokasi: Nasi Goreng Seafood, Stulang.






Nasi Goreng Seafood



Sotong Bakar

13 November 2008

Ujicham's Handbag, ahaks...


Persoalan yang ditimbulkan:-
  • Beli kat mana? Koperasi MMHE ke?
  • Atau MMHE punya sourvenir to all staff?
  • Atau beli memang nak cari ada logo MMHE?
Semua di atas adalah cerita lawak yang direka sekadar hiburan semata-mata dan tidak bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak, selain dari persoalan yang ditimbulkan oleh penulis, gambar itu adalah benar-benar belaka. Peace...

Bingkisan Doa


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia
milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami
melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan
miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari
ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku
kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang
bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa
bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan
dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik
buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat
hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di
dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif
ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di
akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia
sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau
redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin... Ya Rabbal A'lamin.

12 November 2008

A Shoulder To Cry On

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....

11 November 2008

Transformers wujud?

Lokasi penemuan: Stadium Perbandaran Pasir Gudang.

TT Senibong II - B0tAk In Action


Permandangan Singapura dari Senibong...



Fadli pening nak order makan.. kusyuk betul menghafal segala menu... Ajim yang tersengih kelaparan.

Botak yang energetic dan setiasa happy (sekarang)...

Sempat bergambar sebelum makanan sampai.

Ajim yang sempat tdo (control2) sementara menunggu makanan sampai...

Makanan sudah sampai... Tomyam Campur, Chapchai, Kerabu Udang, dan Sotong Goreng Tepung...

Hidangan utama, Siakap Tiga Rasa akhirnya sampai...

Licin... masing-masing berjaya menambah nasi, bukan hanya sepinggan. FYI, botak memesan extra dua pinggan nasi dengan extra pinggan sekali...

Sesi mengambil gambar, masing-masing menunjukkan skill mengambil gambar...


Ajim dan Fadli sedang menghantar report... Lokasi sekarang: Senibong.. ahaks... atau pun mereka saling ber-SMS sesama mereka.. uiks..


Tengah pening kepala, kemungkinan akibat makan secara berlebihan...

10 November 2008

007 Shell Car Collector Edition


Finally got all this item.. huhuh minimum fuel filling is RM40... RM40 x 5times =~ RM200. Hhuhuh

Pecah Panggung - Quantum of Solace

Ticket has been booked online


MPJBT Visit: Scene 1 (From Level 9 MPJBT Tower)

MPJBT Visit: Scene 2 (From Level 9 MPJBT Tower)

MPJBT Visit: Scene 3 (From Level 9 MPJBT Tower)

Parking Area Basement 3, City Square JB

Got Ticket and go watching movie.. yeah!

TT Getzzone Johor Bahru



Lokasi 1: Dataran Bandaraya Johor Bahru
Tarikh: 08/11/08
Time: 4.45pm Onward

Kedatangan:
1. Ajim
2. Jerry
3. Ejan
4. Firdaus
5. Sham (vlcplayer)
6. Ridwan (Ex-EC)
7. Ihsan
8. M.K






Convoy dari Dataran Bandaraya ke Teluk Danga






Lokasi 2: Danga Festive Mall, Teluk Danga






Powered by Blogger.