29 December 2008

Outstation Kuantan (Cont.)

Berikut adalah sedikit foto-foto sepanjang penulis beroutstation ke Kuantan.

Permandangan East Coast Mall Kuantan.

KuewTiaw HongKong di Teluk Cempedak.


Jika anda dalam perjalan dari Kuantan ku Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di R&R Temerloh. Disini terdapat satu kedai/foodcourt mee kari yang sangat sedap bagi citarasa penulis. Gerai itu dipanggil Santan Berlada (lebih kuran macam itu lah...). Penulis sempat menjamah mee kari ini. Untuk pengetahuan, sewaktu penulis bekerja di Kuala Terengganu, penulis selalu berulang-alik K.Terengganu - Kuala Lumpur. Oleh itu kunjungan ke Kuantan kali ini, penulis tidak melepaskan peluang untuk merasakan semula nostalgianya mee kari santan berlada ini. Rasa memang boleh tahan pada penulis la.. tekak masing-masing lain-lain.

Kursus Pra-Perkahwinan

Pada 27hb Disember dan 28hb Disember, penulis telah berjaya menghadiri dan telah selamat menghadirkan diri ke Kursus Pra-Perkahwinan Islam di Seremban. Kenapa di Seremban, yang ini lah penulis hendak beritahu. Disebabkan penulis kini telah menetap di KL, penulis agak sibuk untuk mendapatkan tempat kursus di KL. Lagi satu bayaran pun agak tinggi di KL.

Untuk pengetahuan, teman wanita penulis menetap kerana bekerja di Seremban. Justeru itu, penulis telah mengambil keputusan untuk mengambil kursus ini di Seremban. Seremban juga mudah, tiada peraturan pemakaian yang agak ketat seperti di Johor yang memerlukan pemakaian baju Melayu sepanjang kursus (Minta maaf lah kalo ada yang tidak berkenan dengan ayat ini).

Sepanjang kursus ini berjalan, penulis telah banyak belajar mengenai perkahwinan. Penulis juga merasakan, semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak yang kita tidak tahu. Hukum-hakam perkahwinan, aqidah, dan prosedur dan sebagainya ada diterangkan sepanjang kursus. Pada pendapat penulis, memang dua hari tidak cukup masa untuk mempelajari semua itu. Terpulanglah kepada individu untuk mendalaminya sendiri. Ilmu memang kita kena cari. Apa lagi yang terdapat dalam kursus pra-perkahwinan? Yang itu, kena lah pergi sendiri. Baru lah kita dapat merasakan sendiri. Insyallah penulis akan meneruskan langkah-langkah seterusnya untuk menjejaki jinjang pelamin. Bila? Yang itu akan diketahui kemudian. Kepada kawan-kawan pembaca yang belum menghadiri kursus ini, penulis ingin menyeru agar disegerakan. Bukan apa, takut kemudian hari menjadi semakin rumit dan kita tidak mempunyai masa. Jangan sampai nak bernikah baru nak terkial-kial nak pergi ke kursus kahwin sudah la...

Moral: Perkahwinan itu indah... (Kalo xpercaya, cuba tanya Ujicham.. ;)

26 December 2008

My Asam Pedas Shop by Linda Onn

Di sini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca semua, semalam penulis bersama kawan-kawan ada pergi makan bersama sejurus pulang dari Seremban. Tempat makan tersebut adalah Restoran My Asam Pedas Shop, Citarasa Linda Onn. Disebabkan agak kekenyangan, penulis hanya minum Ice Lemon Tea sahaja, manakala kawan-kawan lain ada menjamah juadah masing-masing.


Di restoren ini, penulis dengan agak terkejut dengan kehadiran makan kegemaran penulis iaitu Otak-Otak. Apa yang menarik perhatian penulis, otak-otak di restoren Linda Onn dihidangkan dalam bekas tembikar seakan-akan cup-cake bersama hirisan Cili Merah trademark restoren ini. Tuan Punya restoren iaitu Linda Onn ada pada malam tersebut, malangnya kami tidak sempat pun nam bergambar bersama beliau.

Untuk pengetahuan kawan-kawan pembaca sekalian, restoran tersebut terletak berhampiran dengan Tesco Ampang. Jikalau ada kawan-kawan yang berkenan atau terkenan nak pergi, sila lah teks kepada penulis, penulis sedia membantu, tapi biar lah kena dengan pengerasnya. ;)

P/S: Sesuai untuk orang yang gemarkan kepedasan seperti Hanis...

22 December 2008

Outstation ke Kuantan

Penulis akan mengadakan lawatan kerja ke Kuantan, Pahang pada 23hb Disember 2008 sehingga 24hb Disember 2008 selama dua (2) hari.

Masjid Sultan Ahmad Shah 1

Oleh yang demikian, penulis akan cuba mengupdatekan blog ini selepas penulis kembali dari outstation berkenaan.

17 December 2008

Saat-saat Terakhir

Makan tengah hari beramai-ramai bersama-sama staf teknikal ITD bertempat di Club House, MMHE. Penulis ingin berterima-kasih kepada Naser, Zaidi, Fatah, Hafizal, Khairi, Bobby, Kamarudin & Richard.

Hidangan Terakhir, Nasi Goreng Ayam Sambal + Telur Mata

Naser dan Zaidi yang sedang tekun makan.

Richard sedang menunggu makanan tiba, manakala Zaidi sudah memulakan langkah makan.

Fatah dengan muka terkejut dan hafizal yang sedang mengantuk.



Bobby dan Khairi sedang meneliti gambar-gambar di HP Bobby. Gambar apa? Yang tu la yang kita tak tau.

Sengih-sengih sambil membahankan rakan-rakan lain. Siapa yang kena bahan? Yang itu lah yang kita tak tahu...

Gaya-gaya lelaki idaman malaya, eh silap, MMHE...


Bobby sedang mengambil gambartangan Khairi. Apa yang ada di tangan Khairi? Yang itu lah yang kita tak tahu...

Penulis berharap gambar-gambar diatas adalah gurauan semata-mata dan berharap tiada seorang pun berkecil hati. Sekian.

16 December 2008

M.K's Farewell

16hb Disember 2008
Lokasi yang dikenalpasti:- SGMO Conference Room
Kehadiran: Few of ENG-Commercial staff, Hanis, Few of ITD Staff including Technician, Programmer.

Mee Hoon Goreng Special, Kari Ayam, Roti dan Bubur Pulut Hitam.


Part of ENC-Commercial.

Shahril dan En. Shamsul

Para jemputan yang hadir...

Part of ITD


From ITD - Mr.Wong, Dinas (Khairi), Rafiqi (Tabong) dan Hambaley (Arm)


Adam, The Last Man Standing...

Di sini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir, terutamanya kepada Hanis yang bertungkus lumus menjayakan event ini. Kepada semua, penulis ingin memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa sewaktu menjalankan tugas di MMHE. Penulis juga ingin berterima kasih atas kerjasama yang diterima dari semua pihak. Kepada rakan-rakan sepermainan futsal dan badminton terutamanya, penulis juga ingin memohon kemaafan kalo 'termenang' atau 'terkalah' dalam perlawanan/permainan. Segala pengalaman bersama dengan kalian akan dikenang sampai bila-bila. Kepada kawan-kawan yang tidak sempat dijemput, penulis ingin memohon seribu kemaafan, semoga berjumpa dilain kali, Insyallah penulis masih lagi berada di Malaysia buat masa ini (Macam nak pergi jauh la plak). Keep In Touch...

15 December 2008

Kacang Pool, Bomba Larkin

Sabtu, 13hb December 2008...
Lokasi: Medan Selera Bomba Larkin /Kacang Pool Area (GPS: 1°29'8"N 103°45'0"E )
Kelibat: ThePersonaClub/MyPersonaStyle (Juga Tiada Gambar)

Kepada sesiapa yang tidak pernah dengar mengenai kacang pool, berikut adalah lokasi di mana anda boleh menikmat makanan kegemaran warga JB ini.




Resepi Kacang Pool

Bahan-bahannya:

Kacang parang 2 paket (direbus hingga lembut dan kulitnya dibuang)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
satu inci halia
sedikit jintan manis
sedikit garam

Cara-caranya:

1) Bawang merah, bawang putih, halia dan jintan manis dikisar halus.


2) Tumiskan bahan yang telah dikisarkan tadi dan bila naik bau masukkan
kacang parang dan sedikit garam.

3) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang dan cili hijau.


4) Perahkan sedikit limau kasturi dan bubuh sedikit lada putih diatas sajian.

5) Di makan bersama roti peranchi atau roti potong yang dibakar(disapu mentega atau jem garlic bread)

Sumber: Unit Media & Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor

Jalan-jalan Cari Makan Tesco Tebrau City (Desa Tebrau)

Sabtu, 13hb December 2008...
Lokasi: Tesco Tebrau City


Rasanya.. masa kat escalator ni ramai.. tp dalam gambar tidak ramai la pulak.. kenapa yek..


Limau Ais...


Hot Plate: Yee Mee Black Pepper... betul ke?

05 December 2008

Sup D' Kampung Pasir Putih

Lokasi: Kedai Sup Kg. Pasir Putih
Istimewa: Sup Ayam, Kambing, Daging, Ekor, Urat, Lidah, Gearbox etc.

Ini adalah sup kambing + ayam... heaven...



P/S: Enak di hirup begitu saja... atau dimakan bersama nasi putih atau nasi ayam.. use your creativity la.. ;) peace

04 December 2008

Salam Aidil Adha 1429H


Penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429H kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga semua ibadah dan qurban kita diterima Allah hendaknya. Kepada yang pulang ke kampung halaman, sila lah pandu kenderaan anda dengan cermat dan berhati-hati. Kepada yang pulang jauh, rehatlah jika perlu ketika memandu. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Maaf Zahir & Batin.

03 December 2008

02 December 2008

Tag lagi... Hobi Terlampau


1. MAKAN - Makan, aku memang suka makan. Just gimme a call.

2. JALAN-JALAN - Biasanya jikalau aku datang ke satu tempat baru, aku akan berjalan-jalan cari makan, tempat lepak untuk makan gak. I will conquer 1st 30km radius within my place in my first week.

3. DOWNLOAD - Ahah... memang suka la download mendownload ni... just gimme WHAT to download. Will try find for you.

4. BACA - Pernah menjadi hobi aku sewaktu bersekolah ialah membaca kamus-masus dwi-bahasa. Apa ke pelik nau hobi aku ni... but.. that good for me.. improve my vocabulary.

5. KERETA - Hobi baru aku...

Yang ini perlu dipanjangkan kepada 6 orang rakan lagi

* Uji
* Tun Mamat
* sparkystar
* Lady Dearena
* Bloggers
* Bloggers

Putrajaya Exploration

Sighted Renault Laguna on the way to Putrajaya.

Dataran Putrajaya (Roundabout)

Pejabat Perdana Menteri

Masjid Putra


GPS Navigator

Pada 29hb November 2008, penulis telah menerima alat GPS yang telah dibeli secara on-line.


Product Description:-
Source: http://www.gpsbay.com/index.php?mid=603&p=products-item&id=728

Size(in mm) : 92mm(L)*80.5mm(W)*19.5mm(H)
Processor : Centrality Atlas III 370 MHz
Internal Memory : 64 MB
External Memory : 1GB SD memory card (included)
Serial Interface : 3.3V TTL port for GPS module
Audio : stereo track: 0.2w/4w build speaker 20mW/30W
Screen size : 3.5inch TFT high resolution screen
Screen resolution : 320*240
Battery lasting time : 2 hours (working), 80 hours (stand-by)

Main function:

  • Powered by Atlas III 370MHz CPU: High performance and low power consumption
  • GPS navigation, photo browsing, MP3 and video player, E-Book etc
  • User friendly interface
  • Data transferring using Microsoft Active Sync
  • High quality receiving: accurate navigation, provide you with a pleasant, satisfaction navigation service.
  • Best entertainment partner: relax your tired life with MP3 entertainment function
  • Power management: Ensures the product is working steady and uninterrupted

Packages included:

  • GPS Navigating Device
  • 1 GB SD Card
  • Dash-Board Mount
  • MINI USB Cable
  • Wall Charger
  • In-Car Charger
  • Mapking Peninsular Malaysia Maps
  • Mapking Malsing Malaysia Maps
  • Protection bag
  • Quick User Guide Manual
  • 3 Month Product Warranty ( Included Battery)
p/s: finally my car equipped with GPS.
Powered by Blogger.