29 December 2008

Kursus Pra-Perkahwinan

Pada 27hb Disember dan 28hb Disember, penulis telah berjaya menghadiri dan telah selamat menghadirkan diri ke Kursus Pra-Perkahwinan Islam di Seremban. Kenapa di Seremban, yang ini lah penulis hendak beritahu. Disebabkan penulis kini telah menetap di KL, penulis agak sibuk untuk mendapatkan tempat kursus di KL. Lagi satu bayaran pun agak tinggi di KL.

Untuk pengetahuan, teman wanita penulis menetap kerana bekerja di Seremban. Justeru itu, penulis telah mengambil keputusan untuk mengambil kursus ini di Seremban. Seremban juga mudah, tiada peraturan pemakaian yang agak ketat seperti di Johor yang memerlukan pemakaian baju Melayu sepanjang kursus (Minta maaf lah kalo ada yang tidak berkenan dengan ayat ini).

Sepanjang kursus ini berjalan, penulis telah banyak belajar mengenai perkahwinan. Penulis juga merasakan, semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak yang kita tidak tahu. Hukum-hakam perkahwinan, aqidah, dan prosedur dan sebagainya ada diterangkan sepanjang kursus. Pada pendapat penulis, memang dua hari tidak cukup masa untuk mempelajari semua itu. Terpulanglah kepada individu untuk mendalaminya sendiri. Ilmu memang kita kena cari. Apa lagi yang terdapat dalam kursus pra-perkahwinan? Yang itu, kena lah pergi sendiri. Baru lah kita dapat merasakan sendiri. Insyallah penulis akan meneruskan langkah-langkah seterusnya untuk menjejaki jinjang pelamin. Bila? Yang itu akan diketahui kemudian. Kepada kawan-kawan pembaca yang belum menghadiri kursus ini, penulis ingin menyeru agar disegerakan. Bukan apa, takut kemudian hari menjadi semakin rumit dan kita tidak mempunyai masa. Jangan sampai nak bernikah baru nak terkial-kial nak pergi ke kursus kahwin sudah la...

Moral: Perkahwinan itu indah... (Kalo xpercaya, cuba tanya Ujicham.. ;)

5 comments:

Monkey D Luffy said...

semoga berjalan lancar lah yer

M.K is Tun Mamat said...

Luffy,
Thanks.. hope everything berjalan lancar...

hanis said...

aku pun pg this weekends.. ngahahahaha~

Cik Ayn Kecik said...

boleh advice pegi kursus kahwin kt seremban tu kt mane x?

Muhamad 'MK' Kasan said...

DARUL DEDIKASI MANAGEMENT ( NS0032379-H )
30 Jalan Bunga Raya 7, Pusat Perniagaan Senawang
( Deret Restoran KFC Taman Tasik Jaya Senawang )
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel / Faks : 06 - 679 1925

Powered by Blogger.