26 December 2008

My Asam Pedas Shop by Linda Onn

Di sini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca semua, semalam penulis bersama kawan-kawan ada pergi makan bersama sejurus pulang dari Seremban. Tempat makan tersebut adalah Restoran My Asam Pedas Shop, Citarasa Linda Onn. Disebabkan agak kekenyangan, penulis hanya minum Ice Lemon Tea sahaja, manakala kawan-kawan lain ada menjamah juadah masing-masing.


Di restoren ini, penulis dengan agak terkejut dengan kehadiran makan kegemaran penulis iaitu Otak-Otak. Apa yang menarik perhatian penulis, otak-otak di restoren Linda Onn dihidangkan dalam bekas tembikar seakan-akan cup-cake bersama hirisan Cili Merah trademark restoren ini. Tuan Punya restoren iaitu Linda Onn ada pada malam tersebut, malangnya kami tidak sempat pun nam bergambar bersama beliau.

Untuk pengetahuan kawan-kawan pembaca sekalian, restoran tersebut terletak berhampiran dengan Tesco Ampang. Jikalau ada kawan-kawan yang berkenan atau terkenan nak pergi, sila lah teks kepada penulis, penulis sedia membantu, tapi biar lah kena dengan pengerasnya. ;)

P/S: Sesuai untuk orang yang gemarkan kepedasan seperti Hanis...

5 comments:

~ujicham~ said...

uiks... menarik ngupernye.

sparkystar said...

marvelousssss.....bila nak ronda2 ke sane nie

hanis said...

yeyy... nanti ko bwk aku ehhh
(sambil mengesel2 tiang lampu seperti kucing kekenyangan)

Monkey D Luffy said...

dekat tesco ampang je ker... napa x ajak. hehehe

M.K is Tun Mamat said...

ala sorry Kapten.. that one ar.. adhoc.. xsempat plan apa2...

Powered by Blogger.