22 December 2009

Chilis Restaurant, Bangsar Shopping Complex




the STARTER

KICKIN' JACK NACHOS

TRIPLE PLAY (3P)

the CHICKENS AND STEAKS

FLAME-GRILLED RIBEYE

BBQ BEEF RIBS

HONEY BBQ RIBS

MONTEREY CHICKEN

the DESSERTs

MOLTEN CHOCOLATE CHIP CAKE

MOLTEN CHOCOLATE CAKE

Location: Chilis Restaurant, Bangsar Shopping Complex.

Nasreen Seafood (Songkhla), Port Dickson







Ikan Bawal Masak Pedas.

Tomyam Campur.

Sotong Goreng Tepung

Ayam Pandan.

Hidangan Set 1



GPS : 2°27'26.5"N 101°51'22.8"E

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:-

Ali Bin Adam
012-660 1815
012-601 8115
Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Teluk Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

17 December 2009

Teruskan Senyum dan Berdoa

Dipetik dari sebuat blog:-
http://my.opera.com/ade22/blog/tetaplah-tersenyum

Bila kondisi hari ini masih seperti kemarin di mana harapan belum menjelma menjadi nyata. Tetaplah tersenyum. Bukan berarti Allah mengabaikan doa-doa kita. Kita tahu, Allah adalah Dzat Yang Maha Mengabulkan doa-doa hamba-Nya.

“Berdoalah kepada-Ku niscaya Aku akan mengabulkannya…” (QS Al mu'min:60).

Tak ada yang dapat meragukan janji-Nya. Doa kepada-Nya ibarat sebuah investasi. Tak akan pernah membuat investornya merugi. Karena penjaminnya adalah Dzat Yang Maha Pemurah, Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dzat Yang Maha Welas Asih itu, tak akan pernah ingkar janji. Tidak akan sia-sia munajat yang kita mohonkan pada-Nya, baik di waktu siang apalagi di sepertiga malam. Ketika lebih banyak makhluk-Nya pulas, dalam dekapan dinginnya malam dan hangatnya selimut tebal.
Bila belum ada perubahan berarti tentang rencana-rencana kita, tetaplah tersenyum. Allah lebih mengetahui apa-apa yang baik untuk kita. Yakinlah, bahwa:

“Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.” (QS An Nahl:1).

Allah Maha Mengetahui kapan sesuatu pas untuk kita, baik dalam sisi timing maupun momentnya. Allah, Pencipta alam raya ini, adalah sutradara hebat, yang tidak akan membiarkan kita terpuruk dalam keburukan. Selama kita yakin akan kekuasaan-Nya, yakin akan kasih sayang-Nya.

Jika semua serasa mandeg, tak ada kemajuan berarti. Tetaplah juga tersenyum. Allah punya cara sendiri untuk membuat kita senantiasa dekat dengan-Nya. Mungkin, semua ini dibuat-Nya untuk kita agar kita senantiasa hanyut dalam sujud-sujud panjang di penghujung malam. Senantiasa larut dalam tangis penuh harap, dalam buaian doa-doa panjang nan khuyuk.
Semua tak akan tersia-sia begitu saja. Allah, mencatat setiap upaya yang kita lakukan dan doa yang kita panjatkan. Segala sesuatu yang kita perbuat, sekecil apa pun itu, akan menuai balasan di sisi-Nya kelak. Niatkan semuanya hanya untuk meraih ridha-Nya, agar perjuangan hebat ini tak hanya bermakna sementara. InsyaAllah kita akan memetik buahnya kelak, di waktu yang telah Ia tentukan.
Dunia ini fana. Tak ada yang kekal didalamnya. Pun perjuangan ini, pengorbanan ini, juga kesulitan ini. InsyaAllah, suatu hari nanti, harapan akan berbuah kebahagiaan. Akan menjelma menjadi kemudahan. Karena, sekali lagi, Allah telah menjamin:

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS Al Insyirah: 5-6)[I/]

“Allah pasti akan memberikan kemenangan atau mengadakan keputusan yang lain dari sisi-Nya.” (QS Al Maidah:52)

Tetaplah berbaik sangka kepada-Nya. Tetaplah berharap sepenuh hati kepada-Nya. Tetaplah gantungkan asa setinggi apa pun itu, hanya kepada-Nya. Sekali lagi, hanya kepada-Nya.

“Sesungguhnya, rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al A'raf: 56)

“…Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (QS Yusuf: 87)[I/]

Dan, jika akhirnya harapan tidak menjelma seperti yang kita idamkan, tetaplah terus berbaik sangka kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui. Karena,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS Al Baqarah: 216).

Teruslah berjuang. Demi sebuah azzam yang dipancangkan untuk meraih ridho Ilahi Robbi.
Wallohua'lam bishshowwab.


Kepada rakan seperjuananku, semoga kita dapat mengharungi susah dan senang bersama dan janganlah kita berputus asa. Salam Maal Hijrah.

11 December 2009

Jom Makan Burger Gergasi, Danau Kota

Gerai burger yang terletak di hadapan rumah saudara Zam mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

Senarai menu burger gergasi yang disediakan.

Dari kiri sosej satu kaki, burger super king (200gm), dan burger biasa (70gm) sebagai perbandingan saiz.

Perbandingan dengan blade (110gm)

Burger Super King,

Diskaun RM1 jika anda memesan burger sebelum pukul 10.00 malam.

Gerai burger saudara Zam terletak di:-
No. 26, Jalan 6/23B, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan:-
Zam : 012-912 4699

Lokasi GPS: 3°12'26.6"N 101°43'0.7"E

09 December 2009

Wedding | MDO + Yuhanis











Selamat Pengantin Baru
MDO & Hanis
Semoga berkekalan ke akhir hayat
TAHNIAH

Wedding | Fazatul Nazri (Jerry) + Nur Atikah





Selamat Pengantin Baru
Jerry dan Tiqah

Semoga berkekalan ke akhir hayat
TAHNIAH

25 November 2009

Test Drive Kia Forte

Pada waktu makan tengah hari tadi, penulis meluangkan masa ke Showroom NAZA/KIA di Selayang untuk melihat model KIA FORTE yang baru dilancarkan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sebelum sesi pandu-uji.

Ciri menarik: Penyaman Udara Digital Automatik, Push-Start button

Gear Automatik 4-Kelajuan dengan Shiftronic.


Kokpit yang sangat luas dan kemas.

Rekabentuk lampu belakang yang futuristik.

Rekabentuk gril yang moden dengan lampu yang menarik.


Dilengkapi signal pada cermin tepi.

Sportrim 17"

Rekabentuk: 9/10
Kuasa: 8/10
Gadget: 8/10
Kemasan: 9/10
Keseluruhan: 8/10

Lain-lain rujukan:-
Paultan.org
Naza Kia



20 November 2009

Kalau Tuhan Baik, Kenapa Buat Neraka?

Dipetik dari emel penulis:-


Kalau ada orang bertanya soalan itu pada anda, apa nak jawab? Mulanya saya pun termenung juga apa jawapan yang paling mudah untuk difahami. Cerita di bawah ini saya dapat dari seorang sahabat..... semoga memberi iktibar :)
Di sebuah negeri, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di remis berkenaan menutup aurat.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis Islam yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..... dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Adik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi atau bapa ayam.... hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..... kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.... maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..... perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga.... lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

http://ajimie.blogspot.com/
Powered by Blogger.