28 January 2009

Wedding | Ameen + Shidah



Pada 25hb Januari 2009 kelmarin, penulis telah pergi ke walimah kawan lamanya iaitu, Muhammad Ameen dan Shidah di Bandar Bahru Uda, Johor Bahru. Semoga berbahagia ke akhir hayat diucapkan kepada pasangan mempelai ini.

23 January 2009

Jom Jalan-jalan: Tapai Pulut Nelayan Seafood, Seremban

Tapai Pulut Nelayan Seafood.

Ingin mencuba masakan daging landak, kijang, kancil dan hasil buruan hutan yang eksotik? Restoran Nelayan, Seremban adalah tempatnya. Satu-satunya restoran Melayu yang mendapat kelulusan & permit dari PERHILITAN untuk menyediakan menu buruan hutan untuk orang ramai. Semua lauk dimasak cara lemak cili api Negeri Sembilan yang asli untuk hidangan makan tengahari sahaja.


Opening hours: 8am to 12am.

Restoran Nelayan Seafood and Catering Sdn Bhd,
Wisma PBNS, P/3 102 Rahang Square,
Jalan Za'aba, 70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi: 06-7611190 begin_of_the_skype_highlighting            06-7611190      end_of_the_skype_highlighting

Keratan Akhbar:-
The Star, 30 Mar 2008 Affordable and fulfilling

p/s: Lauk memang banyak dan semuanya menarik sampai tak tau nak pilih. Macam semuanya hendak di makan.

Jom Jalan-jalan: Nasi Bariani Gam Batu Pahat

Sewaktu penulis berkunjung ke Kluang baru-baru ini, penulis sempat untuk merasa Nasi Bariani Gam (betul ke ejaan ni?) Batu Pahat. Untuk pengetahuan semua, restoren ini telah dikunjungi oleh Program Jalan-Jalan Cari Makan oleh TV3. Berikut adalah sedikit gambar untuk santapan mata sekalian.



19 January 2009

Senja di City Park Seremban 2

Panorama 180° City Park
Langit di penuhi Layang-layang

Permandangan Matahari Terbenam

12 January 2009

Kondominium Mutiara Sentul

Berikut adalah permandangan sekitar tempat tinggal penulis pada masa ini di Mutiara Sentul, Sentul, Kuala Lumpur.



Lagi-lagi Big Apple Donuts




Jom Jalan-jalan: Bagan Lalang

Pada hari Sabtu yang lepas, penulis telah pergi ke Restoran Terapung HM Sri Bagan, Bagang Lalang untuk menikmati makan malam. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam dari seremban dengan kelajuan purata 80km/j. Pelbagai jenis pilihan ikan terdapat di restoran ini untuk dipilih, dimasak mengikut selera pengunjung ke restoren ini dengan harga yang berpatutan. Untuk lebih lanjut, pembaca boleh mendapatkan nya dia laman web restoran ini di http://www.hmsribagan.com/ . Berikut adalah untuk santapan mata pembaca sekalian.


Hidangan untuk dua orang.

Ikan Pari Bakar

Tom Yam Seafood.

Sotong Goreng Tepung.

Kerang Bakar.

Udang Masak Cili





Nasi Lemak Cinta Sayang


Di sini, penulis ingin berkongsi salah satu tempat makan yang agak menarik di Sungai Petani, Kedai Nasi Lemak Cinta Sayang. Terletak berhadapan dengan Kelab Cinta Sayang Golf, Restoren ini menjadi kegemaran pengunjung dari luar dan dalam yang datang ke sini. Harga di sini boleh dikatakan agak murah dan berpatutan. Memang best...

07 January 2009

Melancong ke Utara ke?


Untuk pengetahuan semua, penulis telah pening... esok penulis memulakan perjalanan ke Sungai Petani, Kedai untuk meneruskan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Amin...

p/s: Next is Kuala Terengganu and Johor... lalala

02 January 2009

Waktu Mustajab Doa

Allah memberikan masg2 waktu dgn keutamaan dan kemuliaan yg berbeza-beza, di antaranye ada waktu2 tertentu yg sgt baek utk berdoa, akan tetapi kebanyakkanya org mensia-siakan kesempatan tersebut. Waktu2 mustajab tersebut:

1- Sepertiga akhir malam
2-Tatkala berbuka puasa bg org yg berpuasa
3-Setiap selepas solat fardhu
4-Saat perang berkecamuk
5-Hari Jumaat
6-Waktu bangun tidur malam hari bagi org yg sebelum tidur dlm keadaan suci dan berzikir kepada Allah
7-Doa diantara azan dan iqamah
8-Doa pada waktu dlam solat
9-Pada waktu hujan
10-Saat ajal tiba
11-Pada malam Lailatul Qadar
12-Doa pada hari Arafah

Wallahuhalam...

Fakta Roti Canai

Sekadar Hiasan


Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya
sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai.

Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.

Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah.

Aku yang semakin BZzzz.....

Hai kawan2... aku semakin hari semakin bz... minggu depan je.. aku g kuantan lagi... pastu.. sungai petani, lepas tu mungkin kuala terengganu.. dan pastu baru kluang... huhuhuhu... pening2... lepas siap outstation ni...
aku nak enjoy....


blog.. blog.. dan blog... maybe tidak lagi seaktif seperti dahulu... aku akan kongsikan pengalaman perjalanan ku.... huhuh insyallah.. doakan selamat dunia dan akhirat...
Powered by Blogger.