08 February 2009

Nasi Ayam BBQ - Taman Koperasi Polis

Sudah agak lama penulis tidak menulis, bukan sebab tiada idea atau tiada bahan untuk ditulis, tetapi tiada banyak masa terluang pada waktu ini. Masa terluang adalah masa tidur sahaja. Kali ini penulis ingin berkongsi tempat makan menarik yang terdapat di sekitar Taman Koperasi Polis, Batu Caves. Makanan yang dimaksudkan adalah Nasi Ayam BBQ. Apa yang menariknya adalah, kedai makan merupakan corner lot rumah peniaga berkenaan. Ayamnya dibakar dengan cermat dan mempunya aroma yang menyelerakan (untuk tujuan promosi sahaja). Anda akan dihidangkan dengan Nasi Ayam, Ayam BBQ, Sup Ayam, Sambal Lada, dan yang paling menarik setiap hidangan didatangkan dengan Air Tembikai. Tiada minuman lain disediakan disini. Selamat menjamu mata.


Sekadar menambah, sewaktu perjalanan pulang dari makan, penulis sempat mengambil gambar van yang sarat muatan dengan murid-murid sekolah. Pada asalnya, semua murid-murid memandang ke belakang van tersebut, tetapi apabila nampak penulis ingin mengambil gambar mereka segera memalingkan kepala mereka ke tempat lain.


2 comments:

~ujicham~ said...

hehehe.. i like ur blog. ur blog make me meleleh2.

Galuh Cendra Kirana said...

i loike ur blog tu. yale yale yale!

Powered by Blogger.