29 April 2009

e-Filing LHDN

Setiap tahun, bulan April merupakan bulan paling sibuk untuk pembayar-pembayar cukai di Malaysia, penulis juga tidak terkecuali daripada menunaikan tanggungjawab kepada negara tercinta. Hari ini, 29hb April merupakan hari kedua terakhir untuk membayar cukai pendapatan. Cukai pendapatan boleh dibuat secara manual atau secara e-Filing. Penulis mengambil kesempatan pagi ini untuk membayar cukai pendapatan di LHDN Jalan Duta. Alhamdulillah, telah selamat menunaikan tanggungjawab kepada negara. Kepada yang belum, anda masih berkesempatan kerana LHDN dibuka sehingga pukul 10.00malam sehingga tarikh tutup pada 30hb April 2009.

Suasana di Kaunter penyerahan dokumen & pertanyaan.

Suasana di ruangan e-Filing.

Suasana di ruangan e-Filing.

p/s: Tidak salah sekiranya anda men'declare' pendapatan anda, walaupun anda tidak lagi layak untuk membayar cukai pendapatan. Huhu cukai lagi, PCB lagi...

e-Filing: https://e.hasil.gov.my/

28 April 2009

Jom Jalan-jalan: Cendol dan Muzium N9

Bertolak dari A'Famosa Resort menuju ke Senawang untuk menikmati Cendol Leman Dawi. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit. Masih ingatkah anda dalam post penulis mengenai Leman Dawi sebelum ini. Sila rujuk di sini.


Sekitar permandangan muzium negeri


Cubaan menarik jentera wap.
Selepas cubaan menarik jentera wap gagal, kali ni cuba menolak pula...

Gambar hiasan.

Gambar hiasan.
Bergambar kenangan sebelum masing-masing pulang dan mengakhiri percutian di Melaka dan Negeri Sembilan. Hanis dan MDO bertolak kembali ke Johor Bahru, manakala MK pulang ke Kuala Lumpur. Dengan ini mengakhiri sorotan percutian 2 hari 1 malam di Seremban-Melaka-Seremban. Nantikan perjalanan percutian yang lain pada masa akan datang. Terima kasih kepada Hanis dan MDO. MK selamat sampai di Kuala Lumpur pada pukul 6petang.

Jom Jalan-jalan: Bandar Alor Gajah

Setelah menikmati malam yang sangat panjang di A'Famosa Resort, keesokan paginya, kami merancang untuk bersarapan di Bandar Alor Gajah. Perjalanan ke Bandar Alor Gajah dari A'Famosa Resort mengambil masa kira-kira 20 minit.

Terjumpa baby-tractor yang disukai oleh Ujicham di luar tempat penginapan.
Sila rujuk post Comel?.



Bandar Alor Gajah

Replika Keris di Dataran Alor Gajah.


Jom Jalan-jalan: Melaka Uptown

Selepas penulis check-in dan bersiap-siap untuk makan dan berjalan-jalan di Bandar Melaka. Sebelum ke Bandar Melaka, penulis dan kawan-kawan telah singgah untuk menikmati makan malam di sebuah restoran di Pantai Puteri (nama lamanya adalah Pantai Kundur).

Ayam Golek Pantai Puteri


MDO dan Hanis

Selepas menikmati makan malam, penulis bersama kawan-kawan meneruskan penjalanan ke Jonker Walk yang terletak di Banda Hilir. Jonker Walk adalah tempat tumpuan pelancong pada waktu malam kerana di sana terdapat pelbagai gerak-gerai mini dibuka untuk menjual pelbagai jenis kraf-tangan, makanan, jam, serta berbagai lagi.

Salah satu pintu gerbang Jonker Walk

Permandangan sekitar di Jonker Walk pada waktu malam

Salah satu cafe yang setiasa dipenuhi pengunjung dari luar Malaysia.

Setelah penat berjalan kaki di Jonker Walk, kami sempat singgah ke Melaka Uptown sewaktu melintasi Bandar Melaka. Di sini kami meluangkan sedikit masa untuk melihat sendiri Melaka Uptown yang baru dibuka pada tahun lepas.

Mini Eyes On Melaka, Terletak di bekas stesyen bas melaka, sekitar Hang Tuah Mall.

Persembahan Kebudayaan.


Gelagat pengunjung yang datang ke Melaka Uptown.


Pemandangan sekitar Melaka Uptown - Sungai Melaka

Melaka Rivercruise

Uptown Melaka Night Market boleh dikunjungi setiap malam bermula dari pukul 8 malam hingga pukul 3 pagi. Manakala Jonker Walk boleh dikunjungi pada siang hari bermula dari pagi hingga ke pukul 11.00 malam.

Jom Jalan-jalan: A'Famosa Resort

Selepas tamat babak di Negeri Sembilan, penulis dan kawan-kawan berkonvoi menuju ke A'Famosa Resort yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Untuk sampai ke A'Famosa Resort dari Seremban, penulis perlu keluar menggunakan Exit-Simpang Ampat (Tampin, Alor Gajah). Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Seremban. Penulis dan kawan-kawan check-in di Condo D'Savoy Family Studio. Berikut adalah gambar-gambar menarik sekitar A'Famosa Resort.

A'Famosa 520-Hectare Integrated Resort

Condo D'Savoy

Condo D' Savoy

27 April 2009

Jom Jalan-jalan: Ulu Bendul

Setelah selesai melawat Seri Menanti, kami mengambil keputusan untuk bermandi-manda di Hutan Lipur Ulu Bendul yang terletak antara Seri Menanti dan Bukit Putus. Secara geografi, Ulu Bendul terletak di kaki Gunung Angsi, merupakan tempat rekreasi popular di Negeri Sembilan.

State Negeri Sembilan
LocationNear Seremban
Coordinates and map N02 42.67' E102 03.93'
Water SourceRiver
Waterfall ProfileCascades
AccessibilityWalk from carpark


Pintu Gerbang Hutan Lipur Ulu Bendul

Tiang Ulu Bendul?

Plak Sejarah Ulu Bendul

Permandangan sekitar Ulu Bendul

Penulis sempat meluangkan masa bermandi-manda.

Keunikan Ulu Bendul

Kami mengakhiri lawatan ke Seri Menanti dengan menikmati Masak Lomak Daging Rusa dan Masak Lomak Daging Salai di Restoran Nelayan, Seremban.

Masak Lomak Daging Rusa

Jom Jalan-jalan: Seri Menanti

Pada 26hb April 2009, penulis (bersama teman) telah menerima kunjungan dari seorang sahabat yang beriya-iya hendak pergi melawat ke Sri Menanti. Sebelum penulis meneruskan cerita, berikut adalah sedikit sejarahnya dipetik dari teman-teman blog lain dan wikipedia.

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatra dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan.

Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan.

Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang.

Pembentukan Negeri Sembilan seperti yang ada sekarang adalah berasal dari satu perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1885 diantara Gobernor Negeri-Negeri Selat bagi pihak Kerajaan Inggeris dengan Yamtuan Seri Menanti dan penghulu-penghulu luak kawasan ini, membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan. Satu lagi perjanjian telah dibuat pada tahun 1898 antara Yamtuan Seri Menanti, Tuanku Muhammad dengan Datuk-Datuk Undang Yang Empat kerana melantik baginda sebagai pemerintah bagi seluruh Negeri Sembilan dengan gelaran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Pada tahun itu jugalah Residen Inggeris yang pertama bagi Negeri Sembilan, E.W.Birch telah dilantik.

Walaupun pengaruh Inggeris telah mengujudkan masyarakat majmuk di negeri ini, dengan penduduk-penduduk berbagai kaum itu terpisah oleh sebab-sebab tempat kediaman, bahasa, adat-resam, dan cara kehidupan sosial hari-hari,namun selepas Malaysia (sebelum itu Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, keadaan ini sedikit demi sedikit berubah. Usaha-usaha ke arah membentuk perpaduan kaum dijalankan dan sekarang penduduk di Negeri Sembilan, seperti juga di negeri-negeri lain di Malaysia, adalah hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai.Pemerintah bagi Negeri Sembilan dikenali sebagai Paduka Seri Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, dan baginda adalah dipilih dari kebulatan muafakat antara Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Paduka Seri Tuanku menjadi sebagai Ketua Ugama Islam dalam negeri ini, dan menjalankan tugasnya, baginda dinasihati oleh sebuah Majlis Hal Ehwal Ugama Islam. Dalam hal-hal berhubung dengan adat istiadat Melayu dan Agama Islam.Negeri Sembilan juga dibahagikan kepada 5 kawasan pentadbiran adat yang dikenali sebagai Luak. Masing-masing luak diketuai oleh seorang Datuk Undang yang bertaraf sebagai pemerintah bagi luaknya. Luak-luak tersebut ialah Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, dan Tampin, sementara Tanah Mengandung Seri Menanti adalah di bawah kekuasan Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Berdasarkan namanya Negeri Sembilan kita melihat kelainan atau keunikannya yang tersendiri. Ianya berasal dari istilah Minangkabau "nagari" yang bermaksud penempatan yang mengandungi beberapa buah "koto" mungkin bererti "kampung". Istilah "nagari" itu mungkin diubahsuai penggunaannya oleh orang setempat apabila meneroka ke sini, agar sesuai dengan keadaan negeri-negeri Melayu lain, ataupun disalah terjemahkan oleh penjajah barat apabila mereka sampai ke sini sejak tahun 1511. Jadi, nama Negeri Sembilan itu bermaksud gabungan sembilan buah penempatan atau nagari. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Perjalanan ke Seri Menanti mengambil masa lebih kurang 45 minit dari bandar Seremban melalui Ampangan-Paroi-Ulu Bendol dan akhirnya Seri Menanti. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil menggunakan Cybershot-K770i untuk santapan mata.

Pintu gerbang ke Seri Menanti

Jalan menuju ke Seri Menanti


Tiba di Istana Seri Menanti

Pemandangan keseluruhan istana Seri Menanti dari kawasan taman.

Pandangan dari tepi istana

Plak perasmian Istana Seri Menanti

Penerangan mengenai pembinaan Istana Seri Menanti.

Menandatangani buku pelawat Istana Seri Menanti.

Balairong Seri Istana

Pemandangan belakang istana, kelihatan padang golf.

Pemandangan taman di hadapan Istana dari tingkat atas.

Penulis sempat bergambar di ruang beranda tingkat dua Istana Seri Menanti

Jom Gila Kentang


Kepada sesiapa yang dikategorikan 'giler kentang' boleh lah sekiranya anda melawat Bandar Melaka, jangan lupa singgah di bawah jejambat (fly-over) di Jalan Hospital Besar Melaka (simpang Hospital Besar-Jalan Tun Sri-Lanang). Sila menikmati so-called kerepek kentang gergasi sampai muntah. Anda dinasihatkan supaya tidak berebut-rebut perisa kegemaran anda kerana, memang tidak mampu dihabiskan oleh semua orang. Bolehlah sekiranya anda datang dengan perut yang kosong dan berkumpul di bawah jejambat ini untuk menikmati keropok kentang ini. Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia. Peace.

17 April 2009

Going Holiday Again


Hi guys, MK are back to the holiday mode.
Actually MK has been working on last Sunday when traveling to Kota Bahru, Kelantan and take a replacement leave on this Friday.
What a wonderful and peaceful Friday.
Tomorrow MK will be going back to hometown, Melaka. I miss Melaka so much.

Guest what?
New domain has been bought and registered as MKSTREET.com , it's MKSTREET DOT COM. After 1-2 days, and hope this Monday, this new domain will be replaced the tunmuhamad.blogspot.com.

No more tunmuhamad.blogspot.com anymore...

Watch out for new MKstreet.com

MKSTREET DOT COM

MKstreet.com

To be continued...
Powered by Blogger.