02 April 2009

Cendol Leman Dawi - Senawang

Jika anda mengunjungi Seremban, jangan lupa datang ke Senawang untuk menikmati Cendol Leman Dawi. Dimanakah lokasi berkenaan? Ia terletak di jalan menuju ke arah tampin (selepas kompleks Petronas jika anda dari Seremban.). Semalam penulis sempat singgah untuk menikmati sendiri cendol yang digembar-gemborkan oleh orang Seremban. Apa yang istimewa di sini adalah, anda boleh tambah cendol, tambah santan, tambah gula sesuka hati, tetapi cuma dikenakan bayaran pada mangkuk yang pertama sahaja. Apa lagi, tambah sampai perut kembung... hehe...



Cendol Pulut Leman Dawi

Inilah taukeh cendol yang sedang sibuk bercerita bersama pelanggan-pelanggan yang sedang menikmati cendolnya. Cerita yang tidak pernah habis.

Pelanggan beratur untuk mendapatkan cendol.

Tambah cendol dan santan percuma.

Tambah ais juga percuma.

5 comments:

suezensuzanna said...

teringin nk g cni..tp x smpi2 lagi....

hanis said...

gile kentang!
bleh kembung minum gini

~ujicham~ said...

glemer ni wei.. masuk majalah tiga. rasa camne? klas tak?

M.K is Tun Mamat said...

erm.. leman dawi.. masuk majalah tiga.. betul2... leh tahan gak...sedap... slurppp

:: Feez_Mior :: said...

bard janji nk bwk..
x bwk2 smpai skrg. hampas kelapa sungguh..

Powered by Blogger.