02 April 2009

Mee Sup Tengkera

Jikalau anda mengunjungi Bandar Melaka, jangan lupa tambahkan agenda perjalanan anda ke Warung Mee Sup Tengkera yang terletak berhampiran Masjid Tengkera. Apa yang menarik di warung ini adalah pelanggan cuma di hidangkan dengan Mee, KuewTiaw atau Bihun Sup sahaja. Hanya tiga (3) juadah rasmi sahaja terdapat disini. Selain itu, anda juga boleh memesan Popiah Goreng untuk dimakan bersama-sama Mee Sup anda. Warung ini beroperasi bermula jam 3petang sehingga habis kira-kira jam 6petang. Jangan terkejut jika anda tiada tempat duduk ketika sampai di sini, kerana boleh dikata warung ini sentiasa dipenuhi pengunjung yang datang dari dalam dan luar negeri Melaka. Biasanya pelanggan akan berdiri dan menunggu sehingga pelanggan lain selesai makan. Apa tunggu lagi, jika anda melawat Melaka, jangan lupa singgah.

4 comments:

hanis said...

aritu ko tak bawak punnnnnnnnnnnnnn!!!!

~ujicham~ said...

nis, bole ke ko nk tercegat menunggu tu? muskil ni?

M.K is Tun Mamat said...

hehehe... hari tu xsempat la.. da petang.. tutup da masa kita lalu tu...

Unknown said...

ade map ke sini tak?

Powered by Blogger.