13 April 2009

Part 1 - Nasi Kerabu Golok

Lawatan Ke Kelantan - Hari Pertama

Pada pagi semalam pada pukul 10.00pagi, penulis memulakan perjalanan ke Newcastle atau orang Malaysia menggelarnya Kota Bahru. Terletak di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Perjalanan mengambil masa 6jam melalui Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pulai Chondong dan akhirnya sampai di Kota Bahru pada pukul 4 petang. Penulis menetap di Hotel Ridel yang terletak ditepi Sungai Kelantan.

Permandangan dari hadapan Hotel Ridel, Kota Bahru.

Di sini penulis ingin berkongsi tempat makan istimewa yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra (berhampiran Bilal Hypermarket). Khabarnya, ia berasal dari Pekan Golok yang terkenal itu. Boleh dikatakan pengunjung datang untuk menikmati Nasi Kerabu tidak putus-putus sejak kami datang. Ruang parking sentiasa penuh dengan kenderaan pengunjung. Jika anda ke Kota Bahru, jangan lupa singgah di Restoren Nasi Kerabu Golok yang terkenal ini.

Restoren Nasi Kerabu Golok

Menu Restoren Nasi Kerabu Golok

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Nasi Kerabu Ayam Bakar+Daging+Nasi Lebih

Permandangan dari luar Restoren Nasi Kerabu Golok.

9 comments:

hanis said...

macam sedap....
bile lah nak pasar malam nih
teringin nak makan nasi kerabu
amat...
ni semua ko punyer pasal!!

~ujicham~ said...

nasi kerabu is my feberet okeh.. (sambil menagis bercucuran air mata - dah lama aku tak makan)

mat yus said...

Lama kawe x balik kota bharu...... nanti kelik kawe nk singgah kat sini... bro kalu buleh wikimapia kedai nie.....

M.K is Tun Mamat said...

for wikimapia link, http://wikimapia.org/#lat=6.0976013&lon=102.2690892&z=18&l=0&m=a&v=2&show=/12222584/

dan GPS position,
6°5'49"N 102°16'12"E

mat yus said...

caya laaaa demo tq for koordinat tu...

mat yus said...

OK kw dah sampai n rasa NKG demo nie..... tq for info

M.K is Tun Mamat said...

so Mat Yus, cam mana rasa nasi kerabu golok? how good? hehe...

Anonymous said...

nak makan ansi kerabu ni kena bawa golok ker?

M.K is Tun Mamat said...

xperlu bawak golok, bawak perut je... dgn duit

Powered by Blogger.