14 April 2009

Part 3 - Yati Ayam Percik

Lawatan ke Kelantan: Hari Terakhir

Malam ini, malam terakhir penulis berada di bandar Kota Bahru, kerana esok penulis akan kembali ke Lumpur dan bekerja seperti biasa. Destinasi kali ini telah ditemui oleh penulis melalui Google. Yati Ayam Percik terletak di 847, Jalan Long Yunus, Kota Bahru (6°7'42"N 102°15'23"E). Apa yang istimewa, anda akan mula menghidu aroma ayam percik dari luar hingga ke dalam kedai ini.


847, Jalan Long Yunus, Kota Bahru (6°7'42"N 102°15'23"E).

Permandangan dari luar kedai.

Ayam percik sedang dibakar. Aromanya yang sangat menyelerakan.

Appetizer - Hidangan Satar sebagai pembuka selera.

Main Dishes - Nasi Kerabu yang sangat enak.

Ayam percik yang sangat sedap sehingga menjilat jari.

Daging Bakar.

Dessert - Puding Gula Hangus.

Pelbagai juadah kuih-muih yang sangat menarik dan unik.

Jika anda berkesempatan, jangan lupa singgah di sini untuk menikmati ayam percik paling sedap di Kota Bahru. Sekian lawatan ke Kota Baru. Esok penulis akan kembali ke Kuala Lumpur. Destinasi seterusnya? Alor Star atau Kuala Terengganu. Nantikan.

2 comments:

mat yus said...

saya pernah mkn kat sini masa tu boss dr kl ada dtg... saya rasa masakan dia manis ler....

hanis said...

not much too say..
you are the man... bab2 cari makan nih.. ko mmg handal! applause. applause.

Powered by Blogger.