28 May 2009

Kisah Si Tipah

Bas Mini Wilayah (BMW) - Sekadar Gambar Hiasan

Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusen kena naik bas. Leceh betul, dah
la ngantuk!

Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So
dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop
berhampiran.
Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde,
Tipah sensorang ajer. Takut gak tau!

Tunggu punyer tunggu, dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak
slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh
lak Tipah nak pikir ngapenye, yang penting nak cepat sampai rumah. So,
Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. Tipah
tak kira, terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.

Yang peliknya,ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?
Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang
sekali. Lepas dah duduk tu, laaa...baru Tipah perasan yang bas tu
bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya
takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram
sejuk ler,peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram
sungguh rasanya.
Dlam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat,
menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han??
Adakah kondukturnya Tuu?? Adakah? Adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye,
ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye !

"Tttolong!!..toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.

"Hoh!
Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.
Alahaiii, sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa
nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu. Laa..rosak enjin dia.
Patut la slow aje. Patut pun tak der drebarnya, patut sangat laaa pun
Tipah rasa tertipu.

Hee hee heehhhhh malu Tipah tau!

Cerita ini saya reka sendiri dan penggunaan nama, lokasi dan plot cerita adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena antara yang hidup dan mati.

Glory Barcelona - We're The Champion

Players celebrates the Trophy.


Man U Killer - Messi.

1st Goal, E'to.

We got our trophy back. Man U walk away alone... Hahaha
Amazing 2 goals to defeat Man U, no penalty finally show the true champion of Europe.

I've paid my dues
Time after time
I've done my sentence
But committed no crime
And bad mistakes
I've made a few
and I've had my share of sand
Kicked in my face
But I've come through
And I need to go on and on and on and on

We are the champions - my friends
And we'll keep on fightin' till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions of the world

I've taken my bows
And my curtain calls
You've brought me fame and fortune
And everything that goes with it
I thank you all
But it's been no bed of roses no pleasure cruise
and I consider it a challenge before all human race
That I ain't gonna lose
And I need to go on and on and on and on

We are the champions - my friends
And we'll keep on fightin' till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions of the world

We are the champions - my friends
And We'll keep on fightin' till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions

26 May 2009

Ayam Penyet @ Subang Jaya


Perjalanan penulis kali ini menemukan penulis dengan kedai makan yang menghidangkan ayam penyet yang terletak di kawasan Taipan, Subang Jaya. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira setengah jam melalui New Pantai Expressway membuatkan penulis begitu lapar lalu memesan dua set hidangan iaitu SET A - Nasi Ayam Penyet dan SET C - Lele (di sebut sebagai Le-Leh) Penyet. Untuk pengetahuan semua, kedai ini telah mendapat perhatian akbar Mingguan Malaysia pada Ahad lepas (24hb Mei 2009).

Menu Hidangan Ayam Penyet.


Keratan akbar Mingguan Malaysia bertarikh 24hb Mei 2009.

Hidangan Ayam Penyet bersama Lele.

Inilah ayam penyet yang diidamkan selama beberapa bulan semenjak berhijrah keluar dari Pasir Gudang.
Restoren Ayam Penyet yang menjadi tarikan baru di Taipan, Subang Jaya.

Bahan-bahan Untuk Memasak Ayam Penyet:

Untuk Ayam -

Ayam 1 ekor (potong potong 8)
Direbus selama 10 min.
Tos kan. Air tadi jgn dibuang dulu. Bleh simpan for soup and tuk masak nasi.

Bahan2 utk dikisar:

Jintan Manis 1/2 sudu besar
Jintan Putih 1/2 sudu besar
Biji Ketumbar 3 sudu besar
Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Serbuk Lada Putih 1/2 sudu besar
Bawang putih 3 ulas
Halia 1cm
Air sikit


Kalau nk sedap lagi, jintan ngan ketumbar disangar dulu kasi bau dia naik, baru kisar. Tapi kalau tak nak pun takpe. Lepas da kisar, tambah

Garam 1 sudu kecil

Dah siap pes ni, lumur kat ayam yg dah potong tadi, perap overnite, kalau ada lebih pes, simpan, leh goreng tempe ngan taufu...
Bila nak goreng, golek2 kan atas tepung beras sikit, jadi crispy

Untuk sambal -

Goreng dengan minyak sikit (pan fry lah):

Cili merah 20 batang (tambah kalau nk lagi pedas)
Cili padi 10 biji
Bawang kecil 10 biji, hiris
Bawang putih 3 biji, hiris
Tomato 5 biji, potong 4
Belacan About 5 cm
Ikan Bilis 2 sudu

Ikan bilis di goreng sampai crispy. Lepas tu goreng belacan. Dah angkat, masukkan bawang merah n bawang putih, hiris halus2 dan masukkan cili.
Bila dah layu, masukkan tomato. Semua ni pakai minyak yg same.
Sejukkan sebelum blend pakai food processor ataupun tumbuk (Jgn halus sangat, kasar2 sikit, ada texture)

Kemudian, masukkan dlm periuk to heat it up, and add

Garam Rasa dulu, pasal belacan dah ada, mayb you don need to add too much salt
Gula Melaka Abt 2-3 tablespoons (according to taste)

U can do this the night before, so u can taste, n keep in the fridge. Nak pakai, juz heat up

U can add daun salad, tomato, timun n ulam2 on the side

------------------------------------------------------

Untuk Nasi -

Boleh pakai paste Nasi Ayam yg dah siap brand Woh Hup
Juz follow the instructions on the bottle, masak macam nasi biasa,
Boleh pakai beras biasa atau beras Basmati
Serai 1 btg, dititik
Daun pandan 3 helai, cuci, ikat

----------------------------------------------------------

Soup -

Rebusan ayam tadi jangan dibuang. Clear up the minyak yg timbul tu until u get a clear soup.
Add pepper
Daun sop/ Daun bwg/ Pepper

Resepi di atas adalah bagi sesiapa yang ingin mencuba, jikalau tidak, pergi sendiri untuk merasa hidangan ayam penyet di Restoran Ayam Penyet di Subang Jaya yang beralamat:

Restoren Ayam Penyet, 13-1, Subang Business Centre, Jalan USJ 9/5Q, 47620 Subang Jaya, Selangor.

Sweet Appam, Lucky Garden Bangsar

Selepas selesai makan tengah hari di salah sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di Bangsar, tiba-tiba kawan penulis membuka cerita kononnya terdapat Appam atau apam yang terkenal di kawasan ini. Semasa berjalan kaki ke kereta, kami singgah untuk menapau dalam erti kata lain membungkus dan membawa pulang apam tersebut. Sweet Appam ini dijual dengan harga RM1.20 sekeping, dan kami memesan sebanyak 5 keping untuk dibawa pulang makan di pejabat. Berikut adalah liputan mengenai Sweet Appam yang menyelerakan dimakan begitu sahaja.

Kedai Sweet Appam ini terletak di kawasan medan selera di Lucky Garden, Bangsar.

Selain Sweet Appam, kedai ini juga menjual kuih muih lain.

Sweet appam sedang dimasak.

Bau yang terhasil semasa dimasak boleh membuatkan anda ingin merasanya ketika masih panas.

Sweet Appam sangat enak dimakan sewaktu sedang panas. Ditengah-tengahnya mengandungi santan kelapa dan campuran lain sangat sedap dicicah dan dimakan mengikut citarasa anda sendiri.

25 May 2009

Nasi Bukhara Kambing Mahbub

Pada hari Ahad yang lepas, penulis sempat singgah ke Restoren Mahbub untuk menikmati Nasi Bukhara Kamping yang sangat terkenal itu. Silalah menjamu mata.


Inilah rupa Nasi Bukhara Kambing yang terkenal itu.

22 May 2009

Macam-macam

Adakah mereka berbual sesama mereka menggunakan telefon bimbit walaupun sudah bersemuka?

Ini adalah kereta yang telah memblok kereta aku petang semalam. Siapakah gerangan tuanpunya kereta itu?

20 May 2009

Ikan Pari Bakar dan Nasi Bukhara Mahbub

Ini adalah hidangan Ikan Pari Bakar Berlada yang dimakan oleh penulis di sebuah kedai makan di kawasan taman Dato' Senu.

Inilah rupanya Nasi Bukhara Ayam Restoren Mahbub yang dinikmati oleh penulis pada tengah hari tadi. Sungguh menyelerakan sehingga menjadikan penulis mengantuk apabila kembali ke pejabat.

Yang ini adalah sahabat penulis yang mengantuk sampai tertidur dalam kereta setelah pekena Gulai Kawah di Sri Gombak. Beliau tertidur sehingga sampai ke pejabat. Gotcha!

Lagi-lagi Gotcha!

16 May 2009

Jom Jalan-jalan Jeram Toi

Jeram Toi (GPS Koordinat: N02 51.86' E102 00.94')terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Jika anda dari Seremban, perjalanan mengambil masa kira-kira 45minit melalui Ampangan, Pantai sebelum sampai ke destinasi. Mengikut sejarah, Jeram Toi ditemui semasa zaman pemerintahan British pada tahun 1895. Nama asalnya sempena nama To' Batin Toi, seorang ketua puak orang asli yang menghuni hutan ini suatu ketika dahulu. Mengikut ceritanya, To' Batin Toi merupakan seorang pemimpin yang bijaksana sehingga berjaya mengalahkan sekumpulan orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk akibat termakan buah perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh To' Batin Toi. Daya tarikan Jeram Toi ialah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari Gunung Telapak Buruk. Kawasan ini sesuai sekali untuk beriadah bersama keluarga kerana dikelilingi hutan rimba yang mempersonakan.

Penulis memulakan perjalanan seawal 8.00pagi bertolak dari Seremban. Sebaik sahaja tiba, penulis merupakan pengunjung terawal pada hari ini. Hampir tiada pengunjung pada mulanya, pengunjung hanya mula membanjiri kawasan air terjun kira-kira pukul 11.00 pagi.

Papan tanda Jeram Toi

Kawasan meletak kenderaan di Jeram Toi

Pintu masuk ke Jeram Toi

Plak Sejarah Jeram Toi

Permandangan dari tingkat dua

Pengunjung perlu mendaki tangga-tangga yang curam sebelum sampai ke puncak.

Air Terjun di tingkat dua menjadi tempat riadah yang sangat popular.

Merasmikan air terjun sejurus tiba.



Pengunjung mula membanjiri kawasan air terjun.

Percubaan untuk masuk ke dalam air terjun, pada mulanya agak susah kerana arus yang sangat deras.

Akhirnya berjaya masuk ke dalam air terjun, umpama mesin urut semulajadi.

Pulang setelah puas menikmati air terjun Jeram Toi.

P/s: Selepas pulang dari Jeram Toi, penulis sempat melayan Angels & Demons untuk kali kedua di MBO Terminal2, Seremban.

15 May 2009

Nasi Briyani Mahbub

Kelmarin, penulis sempat singgah makan di Restoren Mahbub yang dikatakan terkenal dengan Nasi Briyani dan Nasi Bukhara yang terletak di Bangsar. Dari luar kedai juga sudah didapati kedai ini agak terkenal kerana sentiasa dipenuhi pengunjung yang ingin menikmati briyani dan nasi bukhara. Penulis sempat merasa Nasi Briyani Kambing Restoren Mahbub yang terkenal itu. Berikut adalah untuk santapan mata.

Menu Briyani Bukhara yang terkenal


Hidangan briyani kambing yang menyelerakan.

Fact of Mahbub:
Restoran Mahbub was started in the late 1970s by the current owner's father. Seeni Abdul Kadhar, the current owner, took over in 1988 and reinvented the business.
From one shoplot, it is now two. From merely selling mixed curry Indian Muslim rice, it now has a much wider range of food on the menu. The nasi lemak (coconut fragrant rice) is a must-try.
Specialities
  • Briyani ayam madu (briyani rice with chicken cooked in honey)
  • Briyani buhara kambing (briyani rice lamb curry)
  • Nasi dhalcha ayam (rice with dhal chicken curry)
From 5pm to 10pm
  • Tandoori ayam (chicken tandoori)
  • Kashmir naan bread
  • Nasi lemak with among others sambal udang (prawn sambal), sambal kerang (cockles sambal) and ayam majura (a type of chicken curry)
Address: 17, Lorong Ara Kiri Satu, Lucky Garden, 59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2095 5382
Business hours: 7am to 1am
Close: Open every day
Payment: Cash
Type of food: Indian Muslim
Category: Halal
Budget: $$ (RM10-20 per person)
Air-conditioned: Partly
Parking: Limited
Noise level: 3 (moderate)

Bored... Busy of thinking busy


Penulis berasa tersangat lah bosan pada hari ini. Nak tau kenapa? Sebab penulis sibuk untuk memikirkan bagaimana hendak menjadi sibuk. Tolong lah... Ajarlah agar tidak merasa bosan lagi... hhuhuhhuhhu

13 May 2009

Pecah Panggung: Angels & Demons by Advertlets

Ini adalah lanjutan entry post penulis yang bertajuk Angels & Demon: Tom Hanks. Penulis bertolak ke Cineleisure Damansara untuk mengambil pas wayang seperti yang di beritahu oleh Kapten Luffy. Sampai sahaja tepat pada pukul 8.30mlm, sudah ramai pengunjung beratur untuk mendapatkan pas daripada kaunter Advertlets. Kami bertemu dengan Mr. Josh Lim untuk mendapatkan tiket. Sepanjang beratur, kami diberikan kuih donut yang sedap. Terima Kasih kepada Kapten Luffy dan Advertlets atas sumbangan pas wayang berkenaan. Sebelum masuk ke panggung, pengunjung yang membawa telefon berkamera diminta memberikan telefon mereka kepada urusetia untuk disimpan. Sekali lagi beratur yang panjang.

Pengunjung yang terpilih beratur untuk mendapatkan pas wayang.

Donut yang diberikan kepada pengunjung oleh Advertlets


Pas wayang dan Ambigram Angels & Demons

Perjalanan cerita yang agak perlahan pada permulaannnya menjadi bertambah rancak dengan kewujudan simbol misteri Illuminati yang dijumpai oleh polis Vatican. Prof Langdon seterusnya ke Vatican untuk menyiasat misteri Illuminati dan seterusnya terjumpa dengan Vetra, saintis yang terlibat dalam kajian anti-jisim yang mana hasil kajiannya telah di curi dan menjadi ancaman kepada dunia Vatican. Pengganas telah menggugut Vatican untuk memusnahkan Vatican dalam cahaya (bom cahaya hasil kajian saintis-saintis Rome). Satu persatu gereja dilawati 0leh Robert Langdon bagi menyelesaikan petunjuk-petunjuk yang membawa kepada penemuan dan kematian kardinal-kardinal Vatican yang diculik oleh pengganas. Setelah berhempas pulas dengan ancaman dan misteri yang timbul, akhirnya Langdon berjaya menemui muslihat di sebalik penglibatan Camerlengo disebalik ancaman pengganas ini. Dengan kebijaksanaan Robert Langdon, akhirnya berjaya menyelesaikan misteri Illuminati satu persatu sehingga membawa penemuan yang tidak disangka di penghujung cerita ini.

Simbol Illuminati yang menjadi misteri.

Perjalanan cerita membawa penonton ke dalam Arkib Vatican yang canggih dan penuh dengan kawalan ketat, disamping perjalanan di gereja-gereja di sekeliling Vatican. Sepanjang wayang ini ditayangkan, penonton mempunyai seribu pertanyaan yang hanya akan terjawab di penghujung cerita. Satu gaya persembahan yang sangat baik dan menarik hasil karya Ron Howard yang meninggalkan kesan kepada penonton sehingga ke akhir babak yang penonton sendiri tidak menduga bagaimana cerita ini akan berakhir. Susunan plot penceritaan yang baik dan di sokong oleh pelakon-pelakon berkaliber membuat penonton terus kusyuk menghayati cerita ini hingga ke akhir.

Aksi Tom Hanks sebagai Prof Langdon dan Ayelet Zurer sebagai Vetra dalam Angels & Demons.

Selepas menonton, sekali lagi penulis terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan telefon bimbit yang disimpan oleh pihak urusetia. Di sini penulis ingin berterima kasih sekali lagi kepada Kapten Luffy dan Advertlets kerana memberi peluang yang berharga ini sebagai orang-orang terawal menyaksikan cerita ini di pawagam. Tidak lupa juga kepada pakcik-pakcik Rela yang bekerja keras memastikan kelancaran tanyangan perdana Angels & Demons. Jika anda berminat dengan genre filem Da Vinci Code, ini adalah peluang anda untuk kembali menghayatinya untuk kali kedua. Penulis bercadang untuk pergi menonton kali kedua pada masa akan datang selepas wayang ini dilancarkan ke seluruh dunia pada 14hb Mei 2009.

Penilaian Cerita: 4/5 Bintang

11 May 2009

Pecah Panggung: Star Trek

Akhirnya, penulis telah pun menyaksikan wayang yang terbaru yang telah ditunggu-tunggu sejak penulis kecil lagi di Seremban2 semalam bersamaan 10 Mei 2009.




Captain MK T. Kirk

Dalam USS. Enterprise

P/S: 4/5 Stars sebuah filem yang cukup hebat buahtangan bagi peminat-peminat fiksyen Star Trek seperti penulis sendiri.
Powered by Blogger.