11 May 2009

Jom Jalan-jalan Sungai Gabai

Air Terjun Sungai Gabai yang akan ditakluki.

Jika anda datang ke Hulu Langat, jangan lupa untuk singgah bermandi-manda di Air Terjun Sungai Gabai yang terletak berhampiran pekan Batu Empat Belas. Jika anda datang dari Kuala Lumpur, anda akan melalui Dusun Tua, dan Pekan Batu Empat Belas sebelum sampai ke Sungai Gabai. Apa yang menarik di sini, pengunjung boleh menikmati air terjun yang sangat tinggi dan curam disamping permandangan yang indah. Ekspedisi kami bermula kira-kira pukul 9.00pagi. Penulis bertolak ke rumah Galuh untuk menjemput Galuh dan Hanis yang kemudiannya ke rumah Kapten Luffy sebelum bertolak ke Sungai Gabai. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit ke destinasi. Penulis yang tidak sabar untuk bermandi-manda menjadi orang pertama dari kami berempat terjun kedalam air. Kesejukan dan keseronokan yang sukar digambarkan, yang hanya boleh dihayati ketika berada di sana. Berikut serba sedikit gambar-gambar yang sempat diambil ketika berkelah di Sungai Gabai.

Tiba di kawasan perkelahan Sungai Gabai. (Penulis memakai baju kelabu)

Bersedia untuk terjun...

Kapten Luffy sedang mengushar kawasan

Aksi Galuh yang gayat dan tidak mahu turun.

Kapten Luffy menikmati air terjun dan bermesra bersama gadis-gadis...

Wajah-wajah keletihan.

Yang ini? Kami pun tidak tahu apa yang dicari mereka.

Berjalan kaki pulang.

Aktiviti kami kemudian disertai oleh MDO yang datang selepas aktiviti makan-makan keluarganya. Blog rakan-rakan yang akan mempublishkan perjalanan ini adalah Galuh, Kapten Luffy dan Hanis.

2 comments:

Monkey D Luffy said...

hahaha

pakcik tu memang lawak

dean-eyza said...

syoik gak gabai ni. bln 3 lps aku pegi ngan wife & friends. problem dia;
1- signboard 'kureng', susah sket la kalo tak biasa..
2- parking susah. main park suka ati jer tepi jln
3- tinggi tul nak naik ker tmpt yg ok utk lepak

lain2 ok la.. enjoy.. :D

Powered by Blogger.