26 May 2009

Sweet Appam, Lucky Garden Bangsar

Selepas selesai makan tengah hari di salah sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di Bangsar, tiba-tiba kawan penulis membuka cerita kononnya terdapat Appam atau apam yang terkenal di kawasan ini. Semasa berjalan kaki ke kereta, kami singgah untuk menapau dalam erti kata lain membungkus dan membawa pulang apam tersebut. Sweet Appam ini dijual dengan harga RM1.20 sekeping, dan kami memesan sebanyak 5 keping untuk dibawa pulang makan di pejabat. Berikut adalah liputan mengenai Sweet Appam yang menyelerakan dimakan begitu sahaja.

Kedai Sweet Appam ini terletak di kawasan medan selera di Lucky Garden, Bangsar.

Selain Sweet Appam, kedai ini juga menjual kuih muih lain.

Sweet appam sedang dimasak.

Bau yang terhasil semasa dimasak boleh membuatkan anda ingin merasanya ketika masih panas.

Sweet Appam sangat enak dimakan sewaktu sedang panas. Ditengah-tengahnya mengandungi santan kelapa dan campuran lain sangat sedap dicicah dan dimakan mengikut citarasa anda sendiri.

1 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

kat penang org panggil ni apom lenggang...

Powered by Blogger.