04 June 2009

Misi Menyelamat Bumi


Gambar Hiasan - Ihsan dari Officemates

Lagi satu raksasa mahkluk asing di kesan mendarat di Kuala Terengganu, dan lebih spesifik lagi di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak. Raksasa ini kelihatan berkerjasama dengan raksasa Alien Baltan ingin memusnahkan stadium tersebut. Kerosakan dilaporkan melebihi lima puluh peratus. Laporan mengatakan bumbung stadium yang tidak mempunyai sijil layak menduduki bangunan menyebabkan semua raksasa tertarik untuk memusnahkan bangunan ini. Apakah bangunan-bangunan lain akan menerima nasib yang sedemikian?

Penyelamat Planet Bumi diterbangkan khas dari Jepun iaitu Ultraman. Kelihatan Ultraman telah tiba pada pagi ini untuk melawan serangan raksasa di Kuala Terengganu. Orang ramai juga tidak ketinggalan untuk keluar beramai-ramai mengerumuni stadium untuk melihat sendiri Ultraman dan raksasa berlawan di depan mata mereka sendiri tanpa menghiraukan keselamatan mereka sendiri. Ini kemungkinan mereka selalu menonton cerita Ultraman di TV, dan setiap pengakhiran babak Ultraman akan menembak cahaya laser untuk membunuh dan meletupkan raksasa berkenaan. Apa pun marilah kita bersama-sama berharap kesudahan yang baik untuk cerita ini.

Untuk berita selanjutnya, sila tengok Buletin Utama, di TV3 dan akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya.

5 comments:

sparkystar said...

pg tadi br smpai ke,check in kat mane dorg..hehehe

Galuh Cendra Kirana said...

huhuh...mcm tak sabor nk tawu kesudahan kisahnye.. ko pepandaiiii jer. ogeh haku nantikan episod seterosnye! zasssssss

catz_mafia said...

Tun Mamat,
Aku tau ending cite ni..

tit..tit..tit..tit.. ada lampu merah kat badan ultraman tu kan? heheh

Tu tandanya ultraman pun kalah.. huahuha..

Are'Ja_(",) said...

uikksss incik MK..penonton2nya pom saya tahu...ramai Ultramen...hehehee...

sila ambil Tag anda di Blog saya..

mat yus said...

MK kesan runtuhan buleh tgk kt sini http://www.youtube.com/watch?v=awIu-oHIpW4 clear lagi visual luar n dlm pun ada tq....

Powered by Blogger.