30 July 2009

Thai's Pineapple Fried Rice dan 33 Food Hotspots

Sewaktu berkunjung ke The Garden, Midvalley bersama kawan-kawan, penulis sempat singgah untuk makan tengah-hari di medan makan yang terletak di tingkat tiga ini. Hidangan yang menjadi pilihan penulis adalah Thai's Pineapple Fried Rice. Ini kerana mengikut rating yang dipaparkan, makanan ini menduduki kedudukan nombor satu mengikut jumlah jualan kepada pengunjung yang datang makan di sini.

Gerai Makanan Thailand, Lanna Thai.

Set Thai's Pineapple Fried Rice.

Nasi Goreng Thai dalam buah Nanas.

-*-

Nasi gorang Thai yang dihidangkan dalam buah nanas yang dibelah. Diisi dengan nasi goreng yang masih panas, menjadikan bau dan rasa nanas yang segar melekat pada nasi goreng dan meninggalkan aroma yang sungguh menyelerakan. Datanglah untuk merasai sendiri masakan ini di Tingkat 3, Gerai Makanan Thai, Medan Selera The Garden Midvalley.

Selepas itu penulis menemani kawan-kawan untuk mencari buku di gedung buku Borders yang terletak berhampiran dengan medan selera tadi. Penulis telah terjumpa buku yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan kepada penulis. Buku yang dimaksudkan adalah "33 Food Hotspot, Kuala Lumpur Ultimate Food Guide". Buku ini dibeli dengan harga RM48.00 setelah mendapat diskaun sebanyak 20%. Harga asal adalah RM60.00.

Buku 33 Food Hotspots.

Apa yang menarik dalam buku ini, terkandung 33 restoren termasuk makanan Melayu, India, Mamak, Cina dan Makanan Barat. Dalam buku ini juga di letakkan juga lokasi GPS yang menjadi antara penyebab utama penulis ingin memiliki buku ini. Nantikan episod jalan-jalan cari gerai versi MKstreet pada entry yang akan datang. Penulis juga mengharapkan sokongan dan sambutan dari kawan-kawan sekalian disamping pengkritik-pengkritik makanan diluar sana.

27 July 2009

ISD-SMEB Fun Day at Sri Purnama

SWS ISD-SMEB Fun Day

Tempat: Pantai Sri Purnama
Tarikh: 25hb Julai 2009
Masa: 8.00pagi - 6.00petang.









24 July 2009

Misi Ganu - Nasi Dagang dan Sata @ Satar


Kami sempat singgah untuk sarapan pagi di gerai ini yang terletak di Bukit Besar. Katanya Nasi Dagang di sini juga sangat sedap.

Nasi Dagang dalam Daun Pisang.

Nampak gayanya, satu tidak mencukupi bagi penulis.

Yang ini pula satar/sata yang terkenal di Kemaman.

Ini adalah penutup siri Misi Ganu, nantikan siri-siri baru jalan-jalan cari makanan pada masa akan datang.

http://www.mkstreet.com/

Misi Ganu - Roti Paung Panas

Ini adalah roti paun (disebut sebagai paung) yang mudah didapati di sekitar Kuala Terengganu.



Terdapat pelbagai inti iaitu mentega, kaya atau kelapa.

Misi Ganu - Cendol dan Nasi Goreng Extra Special di Restoren Sup Herba

Cendol ini ditaja khas oleh Pn. Hairina.

Milo Tabur di Restoren Oasis, Sup Herba.

Sup Herba yang terkenal.

Nasi Goreng Extra Special Oasis.

Ayam dan Daging Bakar Black Pepper.

23 July 2009

Misi Ganu - Restoren Paradise Deluxe (Ketam Paradise)

Terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Restoren Paradise Deluxe menjadi tumpuan pengunjung dibuka untuk makan tengah hari sehingga makan malam.

Digelar Ketam Paradise kerana terdapat lebih 40 masakan ketam.

Dewan makan boleh memuatkan sehingga 250 pengunjung.


Masakan Ketam Tempura Berlada.




Masakan Tomyam Putih.

Masakan Telur Beef Steak.

Masakan Kailan Ikan Masin.





Masakan Siakap Steam Dengan Gajus.



P/S: Lupa nak ambil gambar selepas makan.

Misi Ganu - Istana Maziah

Permandangan dari hotel yang diduduki oleh penulis.

Misi Ganu - Nasi Kerabu Berasap dan Sotong Goreng Tepung

Nasi Kerabu Ayam dan Daging Bakar Berasap di Jalan Sulaiman, Kuala Terengganu (Berhampiran Sri Kolam)

Warong ICT Hj Pok Long Pantai Teluk Ketapang (Belakang Lapangan Terbang Kuala Terengganu)

Seafood Goreng Tepung yang sungguh menyelerakan.

Sotong Goreng Tepung menjadi pembuka selera sesiapa sahaja.





Licin...

Kami melintasi Stadium Sultan Mizan yang runtuh.

Powered by Blogger.