31 August 2009

Jom Iftar 2009 1430H bersama Getzzone


Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, penulis berbesar hari mewakili Getzzone menjemput semua ahli Getzzone (Muslim and Non-Muslim) untuk bersama-sama berkumpul di Majlis Iftar 2009, seperti yang telah dirancang dan dipersetujui.

Cadangan Majlis Iftar 2009/1430H :

Tarikh : 5 September 2009, Sabtu
Tempat : Putrajaya Equestrian Park, Putrajaya
Hidangan : Buffet (RM32/adult, RM16/6-12thn)
Tema pemakaian: Berpakaian sopan.

Sambutan Majlis Iftar 2009 pastinya akan memberikan banyak kelainan pada kali ini. Sambutan hangat dengan kehadiran ramai ahli Getzzone amat diharapkan sambil menjamu pelbagai juadah makanan yang bakal disajikan.

Marilah kita jayakan satu lagi TT Getzzone!!

JOM IFTAR 1430H!

Iftar (Arabic: إفطار‎), refers to the evening meal when Muslims break their fast during the Islamic month of Ramadan. Iftar is one of the religious observances of Ramadan and is often done as a community, with Muslims gathering to break their fast together. Iftar is done right after Maghrib (sunset) time. Traditionally, a date is the first thing to be consumed during iftar when the fast is broken.

1Getzzone, 1Malaysia

Sila RSVP di http://www.getzzone.com secepat mungkin, tempat terhad.

Minggu Berbuka Puasa Ayam Penyet

Restoran Ayam Penyet, Taipan USJ


Pengat Pisang

Ayam Penyet

Pelbagai Hidangan Penyet (Tempe, Empal dan Ayam)


Restoran Wong Solo (Cawangan Bandar Baru Bangi)


Permandangan sekitar restoran Wong Solo, Bandar Baru Bangi


Sirap Limau, Soda Gembira dan Dadih

Set Hidangan Ayam Penyet Wong Solo

Empal Penyet Wong Solo merupakan kegemaran penulis.

Alamat Restoran Ayam Penyet, Taipan
Restoren Ayam Penyet, 13-1, Subang Business Centre, Jalan USJ 9/5Q, 47620 Subang Jaya, Selangor.

Alamat Restoran Wong Solo (Bangi)
No. 8-G-1 dan 9-G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
GPS: 2°57'33"N 101°45'20"E

Restoran Fiske Steakhouse, Medan Selera AU2

Restoran Fiske Steakhouse di AU2

Pakej Asam Pedas RM10 dengan pilihan ikan Bawal, Pari, dan Kembung.

Nasi Putih

Pilihan Masakan Asam Pedas Ikan Pari

Pilihan Masakan Asam Pedas Ikan Kembung

Hidangan Tambahan, Tempe Goreng



Hidangan Tambahan, Sate yang sungguh menyelerakan.

Alamat:
Fiske Steakhouse, No. K4, Medan Selera AU2, Taman Desa Keramat.

GPS:
3°10'37"N 101°45'10"E

Nombor untuk dihubungi:
Nur Azlina Ahmad (017-3742109)

Hidangan Utama: Western/Asam Pedas/Sate
Harga: Antara RM10 - RM15
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 3/5

Bersahur di Chop n Steak, Sri Serdang




Combo Steak (Daging Kambing, Lembu dan Udang dengan Kentang, Coselow dan Kacang Panggang)

Alamat :
Chop 'n Steak
No. 379, Jalan 18/1,
Taman Sri Serdang,
43400 Serdang,
Selangor.

GPS :
3°0'21"N 101°42'55"E

Nombor untuk dihubungi :
012-447 1639 / 019-335 7373


Hidangan Utama: Western
Harga: Antara RM10 - RM20
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 3/5

28 August 2009

Farewell for Saifuddin, Razak and Lincoln

Hari ini penulis berbuka di pejabat, di mana diadakan majlis perpisahan untuk 3 orang staf tempat penulis bekerja iaitu En. Saifuddin, En. Razak dan En. Lincoln. Penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka bertiga.
"Keep In Touch Bro"




Ini adalah hidangan berbuka penulis.

Mungkin ramai yang akan bertanya, siapa mereka bertiga? Dalam kesibukan mengambil gambar makanan dan berbuka puasa, penulis tidak sempat untuk mengambil gambar mereka bertiga. Peace.


24 August 2009

Bazar Ramadhan - Sentul Timur

Hari ini, penulis telah singgah di bazar ramadhan yang terletak berdekatan dengan Stesen LRT Sentul Timur (Tapak Pasar Malam Sentul). Dibawah adalah gambar-gambar yang telah diambil oleh penulis.




Hasil dari kunjungan ke bazar ramadhan Sentul.

Kurma Safia YuTa

Nasi Tomato Ayam Kampung Goreng Rempah.

Kuih Tepung Pelita/Limas

Air Soya

Pelbagai jenis kuih-muih.

Restoran SOHO Seafood, Bandar Bahru Bangi



Mee Bandung

SOHO Chicken Chop

Nasi Goreng USA

Masakan Tom Yam

Sate SOHO


GPS: 2°58'33"N 101°45'2"E

Hidangan Utama: Masakan Panas dan Western
Harga: Antara RM5 - RM15
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 3/5
Servis: 3/5

23 August 2009

Moon's Kitchen, Pandah Indah

Gerai Moon's Kitchen terletak di kawasan medan selera Pandan Indah.

Air buah gelas besar.

NZ Black Pepper Beef Steak.

Black Pepper Chicken Chop.

GPS: 3°7'22"N 101°45'0"E

Hidangan Utama: Western Food
Harga: Antara RM10 - RM20
Tempat Letak Kereta: Medium
Makanan: 4/5
Servis: 3/5

21 August 2009

Marhaban Ya Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Andainya ini adalah Ramadhan terakhir, penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari semua andainya dalam blog ini terdapat perkara-perkara yang menyinggung perasaan sesiapa yang telah/pernah dilakukan dalam keadaan sengaja atau tidak disengajakan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk datang dari kelemahan diri penulis sendiri. Marilah bersama-sama menunaikan ibadah puasa di siang hari dan bertarawikh pada malamnya. Juga selamat membayar zakat fitrah bagi yang berkemampuan. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat di bulan yang mulia ini. Insyallah.
Maaf Zahir dan Batin.

Restoran Saba', Cyberjaya

Jika anda mengunjungi Cyberjaya, atau berada di sekitar, jangan lupa untuk singgah di Restoran Saba' yang terletak di Persiaran Semarak Api, Cyberjaya (Berdekatan Al-Jazeerah Restaurant). Masakan yang disediakan adalah berasaskan masakan Timur Tengah. Saba' adalah satu wilayah yang terletak di Yaman.

Menu di Saba'



Kabsa Roasted Chicken

Saba' Chicken Kabsa



GPS: 2°55'22"N 101°39'5"E

Hidangan Utama: Hidangan Kabsa dan Hanith
Harga: Antara RM10 - RM20
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 3/5
Servis: 1.5/5
Powered by Blogger.