20 August 2009

Al-Rawsha Restaurant, Off Jalan Ampang

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan datang tidak berapa hari lagi, penulis bersama teman-teman penulis bercadang untuk menjamu selera di Restoran Al-Rawsha (http://www.al-rawsha.com/) yang terletak di Jalan Ampang. Sewaktu kami tiba, sudah kelihatan tempat parking yang terhad itu sudah mula dipenuhi pelbagai jenis kereta, tidak kira dari kecil hingga ke model-model mewah. Pada pukul 1.00 Tengahari, pengunjung mula memenuhi ruang makan yang disediakan. Hampir semua meja sudah dipenuhi oleh pengunjung dengan masing-masing menunjukkan muka kelaparan untuk menikmati masakan Lebanon ini. Penulis telah memesan minuman Mint Tea Pot dan teman-teman lain juga memesan minuman kegemaran mereka. Untuk hidangan, penulis telah memesan hidangan Chicken Mandy dan teman lain memesan Chicken Kabsa dan Lamb Mandy serta Bitter Bread (Al-Rawsha Bread). Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil oleh penulis.



Menu Restaurant Al-Rawsha


Mint Tea Pot


Bitter Bread

Hidangan Chicken Kabsa

Hidangan Chicken Mandy

Hidangan Lamb Mandy

Permandangan sekitar restoran Al-Rawsha.

Pelbagai hidangan Pencuci Mulut.

GPS: 3°9'47"N 101°43'26"E

Hidangan Utama: Lamb Mandy, Kabsa dan Madghut
Harga: Antara RM20 - RM50
Tempat Letak Kereta: Medium
Makanan: 4/5
Servis: 4/5
Laman Web: http://www.al-rawsha.com/

2 comments:

suezensuzanna said...

argh...tlg laaaa...teringin nk g cni...

a kl citizen said...

selalu gak makan kat sini.. kalau nasib tak baik, berjam menunggu hidangan, sampai2 nasi sejuk
kalau nasib baik servisnya ok...
nasinya memang sedap

Powered by Blogger.