16 September 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin


Di sini, penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan yang mengenali dan semua pengunjung MKstreet.com. Semoga Ramadhan kali ini adalah terbaik buat kita semua. Raikan Syawal dengan penuh rasa kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Ziarah menziarahi sesama sanak-saudara dan jiran tetangga bagi mengeratkan dan mengukuhkan ikatan siraturahim bersama. Ramadhan pasti dirindui, semoga mempunyai kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun depan, Insyallah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

14 September 2009

Ku Cuba Untuk Senyum




Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman… senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

12 September 2009

Mengubah Nasib


Firman Allah S.W.T, "Allah tidakkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri.".

11 September 2009

10 tip menjadi pasangan yang baik

KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.

Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.

Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.

Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.

Minggu ini, Pesona berkongsi 10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan.

1)Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2)Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3)Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4)Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5)Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7)Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8)Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9)Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10)Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak. - JULIA ISMAIL

* Rujukan: \www.sekolahorangtua.com\
www.f-buzz.com

10 September 2009

Berbuka Puasa di Restoran Nelayan, Seremban

Lokasi: Restoran Nelayan, Seremban

Menu Berbuka Puasa

Antara lauk-pauk yang disediakan.





Setelah puas meneliti lauk-pauk yang disediakan, penulis telah pun memilih hidangan seperti dibawah sebagai hidangan berbuka puasa.

Lala masak cili.

Paru Goreng.

Daging Salai Masak Lomak Cili Padi.

Daging Rusa Masak Lomak Cili Padi.

Tofu Goreng.

Aneka Ulam berserta Cencalok.

Ikan Pari (Tuka) Bakar.

Hidangan berbuka puasa penulis.

Sempat membeli Coklat Beryl's di Jusco Seremban2.

08 September 2009

Majlis Iftar 1430H Getzzone Southern dan Central

Majlis Iftar Getzzone Central, Putrajaya Equestrian Park.




Connecting via 3G Conference Call.

Majlis Iftar Getzzone Southern, Restoran One Garden, Tebrau.

04 September 2009

HTC Touch Diamond 2



Ini adalah telefon bimbit terbaru penulis telah dipakai lebih sebulan lepas setelah mengambil kira I-Phone, dan Nokia N97.


Processor Qualcomm® MSM7200A™, 528 MHz
Operating System Windows Mobile® 6.1 Professional
Memory ROM: 512 MB
RAM: 288 MB
Dimensions 107.85 X 53.1 X 13.7 mm (4.25 X 2.09 X 0.54 inches)
Weight 117.5 grams (4.15 ounces) with battery
Display 3.2-inch TFT-LCD touch-sensitive screen with 480 X 800 WVGA resolution
Network HSDPA/WCDMA:
  • Europe/Asia: 900/2100 MHz
  • Up to 2 Mbps up-link and 7.2 Mbps down-link speeds
Quad-band GSM/GPRS/EDGE:
  • Europe/Asia: 850/900/1800/1900 MHz
    (Band frequency, HSUPA availability, and data speed are operator dependent.)
Device Control TouchFLO™ 3D
Zoom bar
GPS Internal GPS antenna
Connectivity Bluetooth® 2.0 with Enhanced Data Rate and A2DP for wireless stereo headsets
Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g
HTC ExtUSB™ (11-pin mini-USB 2.0 and audio jack in one)
Camera Main camera: 5.0 megapixel color camera with auto focus
Second camera: VGA CMOS color camera
Audio supported formats AAC, AAC+, eAAC+, AMR-NB, AMR-WB, QCP, MP3, WMA, WAV, MIDI, M4A
Video supported formats WMV, ASF, MP4, 3GP, 3G2, M4V, AVI
Battery Rechargeable Lithium-ion battery
Capacity: 1100 mAh
Talk time:
  • Up to 300 minutes for WCDMA
  • Up to 340 minutes for GSM
Standby time:
  • Up to 500 hours for WCDMA
  • Up to 360 hours for GSM
Video call time: Up to 150 minutes
(The above are subject to network and phone usage.)
Expansion Slot microSD™ memory card (SD 2.0 compatible)
AC Adapter Voltage range/frequency: 100 ~ 240V AC, 50/60 Hz
DC output: 5V and 1A
Special Features FM Radio, G-Sensor

Paling best, boleh Remote Desktop, SSH, GPS dan paling best adalah bersistem pengoperasian Windows Mobile 6.1 dan akan dinaik taraf ke Windows Mobile 6.5 yang semakin lancar.

Harga? Erm..
Powered by Blogger.