15 December 2010

Wedding | Ikhwan (Yeoppy) + Sheme (Cheme)









Terima kasih kepada pasangan Ikhwan & Sheme yang memberikan kerjasama dan sangat sporting. Alhamdulillah banyak gambar-gambar dan moment yang indah dapat diabadikan di MKSTREET.com .

Lokasi: Kuala Kubu Bahru
Tarikh: 11 Disember 2010

08 December 2010

Wedding | Masitah + Azli





p/s: Please click the picture to view picture with the larger size.

02 December 2010

Keropok Amplang Rangup dari Sabah

Keropok Amplang? Pertama kali penulis mendengarnya agak pelik, apatah lagi menyebutnya, "Amplang". Keropok ini permberian buah tangan dari seorang sahabat yang sekarang ini menetap di Sabah. Hari ini, penulis membawa keropok ini ke pejabat untuk dimakan bersama rakan-rakan pejabat yang lain. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Licin.

Keropok Amplang ini merupakan keropok ikan yang saiznya kecil sedikit dari bola ping-pong. Rasanya sangat sedap, sesuai dimakan bila-bila masa. Lebih sedap jika ada yang membuatkan teh atau kopi panas. Keropok amplang sangat rangup, jika memakannya, seolah-olah tidak boleh hendak berhenti makan sehingga habis. Penulis masih mencari dimanakah hendak mendapatkan sumbernya di kawasan Lembah Kelang. Kepada pengunjung yang mengetahui dimana penulis boleh mendapatkan keropok ini (selain dari kirimian dengan orang yang pergi ke Sabah) sila hubungi penulis di 012-619 3964 atau emel ke me2muhamad@gmail.com agar penulis boleh berkongsi rasa kerangupan keropok Amplang yang rangup ini.


Keropok Amplang

02 November 2010

Gothic Concept and Manipulation


 Image manipulation technique using Adobe Photoshop

Model: Norlizawaty Baharin
Make-up: Team Afidah Khamis Make-up & Stuff
Photographer and Editing: MKstreet

p/s: Please click the picture to view picture with the larger size.

26 October 2010

Tarian Piring, Negeri Sembilan

Gambar diatas menunjukkan beberapa penari-penari sedang mempersembahkan tarian piring sempena majlis perkahwinan yang berlangsung di Jelebu baru-baru ini.


Tahukah anda menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Tarian Piring atau dalam bahasa etnik Minangkabau dipanggil Tari Piriang adalah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat.

Ia adalah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau.  Tarian ini memiliki gerakan menyerupai gerak fizikal petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya.  Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka.

Tarian ini adalah tarian gerak cepat dengan barisan penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi lagu yang dimainkan menerusi alat muzik telempong dan saluang.  Kadangkala, piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari terbabit.

Ada juga mendakwa, Tarian Piring diperkenalkan dari daerah Rawa, Sumatera.  Ada juga mengatakan ia berasal dari Solok, Sumatera Barat.  Pada kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta kampung.

Tarian ini juga mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana disebut juga ayun atau buai.  Selain itu, aksi tari ini juga menekankan mimik muka, selain terdapat sepasang cincin yang memiliki dua fungsi iaitu sebagai alat muzik di mana ia berfungsi mengeluarkan bunyi apabila dilagakan kepada pring mengikut rentak gong.

Awalnya tari ini dilakukan sebagai ritual rasa syukur masyarakat setempat kepada dewa kerana mendapat hasil pertanian melimpah ruah.  Ritual dilakukan beberapa gadis cantik yang membawa saji dalam bentuk makanan yang diletakkan dalam piring.  Si gadis pula didandan hiasan indah lalu mereka membawa makanan dalam piring sambil melangkah dengan gerakan dinamis.

Selepas ajaran Islam sampai ke Minangkabau, tradisi tarian piring tetap diteruskan tetapi tidak ada lagi berunsur memuja dewa.  Ia hanya ditampilkan sebagai hiburan bagi masyarakat untuk tujuan memeriahkan acara keramaian seperti pesta adat dan majlis pernikahan.

23 October 2010

Photoshoot - Eriyca Baiduri







Talent: Eriyca Baiduri
Location: Sering Ukay, Ukay Perdana
Photographer: MKstreet

22 October 2010

Photoshoot - Thalia Baiduri





Talent: Thalia Baiduri
Location: Sering Ukay, Ukay Perdana
Photographer: MKstreet

21 October 2010

20 October 2010

Ayam Penyet Lamongan, MITC Melaka


Sebelum ini penulis pernah menulis mengenai ayam penyet yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kali ini penulis ingin membawa anda semua untuk menikmati hidangan Ayam Penyet Lamongan yang terletak di Kota Fesyen, MITC Melaka (berhampiran Mydin Mall, MITC). Dengan lokasi yang amat mudah untuk dikunjungi, tidak hairan Ayam Penyet Lamongan cepat mendapat tarikan dari pengunjung-pengunjung yang datang ke MITC. Bagi penggemar ayam penyet, perkara pertama yang dirasa adalah sambal belacan, memang pasti sambal belacan di sini memang pedas dan sungguh menyelerakan. Selain ayam penyet yang menjadi tarikan, terdapat juga hidangan Pecel Lele (Ikan Keli) yang juga sangat sedap dan tidak rugi jika mencubanya. Penulis seperti biasa akan memesan set hidangan ayam penyet sebagai menu makan makan malam jika singgah di sini. Ada pelbagai lagi menu menarik seperti Bakso, Pecel Lele dan sebagainya yang boleh dinikmati. Selamat menjamu selera.



19 October 2010

Photoshoot - Ely (Gadis Metro)

Berikut adalah beberapa keping gambar photoshoot yang diadakan baru-baru ini untuk dikongsi oleh penulis kepada pengunjung-pengunjung MKstreet. Model kali ini memperkenalkan diri sebagai Ely. Untuk pengetahuan semua, Ely adalah merupakan Gadis Metro. Penulis berasa amat bertuah diberi kesempatan untuk menjayakan sesi photoshoot ini. Terima kasih kepada Ely, Afidah Khamis, Orked Bridal, Roslan Salleh, Shafie Ahmad dan Hazwan atas segala bantuan menjayakan sesi ini.




Model: Ely
Solekan: Fyza

Sarapan Satay Muar

Pernahkah anda makan satay pada waktu pagi? Rasa macam agak pelik kan makan satay di waktu pagi. Bagi penduduk Malaysia, biasanya satay dimakan pada waktu petang atau sewaktu makan malam, tetapi tidak pada penduduk di Muar. Bagi mereka yang tinggal di Muar, bersarapan satay adalah perkara biasa bagi meraka.

Restoren satay yang dikunjung ini terletaknya berhadapan dengan stesen bas dan teksi Bentayan dan berhampiran dengan 7-Eleven. Penulis tiba agak lewat sekitar hampir pukul 11.00pagi, tetapi pengunjung masih kelihatan agak penuh disini. Penulis memesan satay dan teh tarik yang menjadi minuman kegemaran penulis di waktu sarapan pagi. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil untuk santapan mata pengunjung MKstreet. Agaknya bolehkah idea ini dibawa ke bandar-bandar lain seperti Kuala Lumpur?



Teh Tarik dan Satay Ayam sebagai sarapan.


Photoshoot - Rossa

Berikut adalah beberapa pose-pose menarik yang ingin dikongsi selepas photoshoot bersama Rossa di Serdang baru-baru ini. Terima kasih kepada Rossa, Afidah Khamis, Orked Bridal, Roslan Salleh, Shafie Ahmad dan Hazwan atas kerjasama menjayakan sesi ini. Sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan.



Model: Rossalwani Najwa
Solekan: Afidah Khamis

Photoshoot - Norlizawaty

Berikut adalah beberapa pose-pose menarik yang ingin dikongsi selepas photoshoot bersama Norlizawaty di Serdang baru-baru ini. Terima kasih kepada Norlizawaty, Afidah Khamis, Orked Bridal, Roslan Salleh, Shafie Ahmad dan Hazwan atas kerjasama menjayakan sesi ini. Sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan.




Model: Norlizawaty Baharin
Solekan: Afidah Khamis
Powered by Blogger.