29 March 2010

Earth Hour Dinner di HM Sri Bagan, Bagan Lalang


Ikan Pari Bakar dicicah dgn kuah asam dan kicap pedas.


Lala Masak Berlada.


Ikan Cencaru Masak Asam Pedas.


Hidangan Makan Malam (Termasuk Kailan Ikan Masin, Tomyam Seafood dan Telur Dadar).

Meraikan Fatin Nurbatrisyia Mohd Firdaus


Tahniah kepada Najihah dan Firdaus (Botak).



"Nama saya Fatin Nurbatrisyia", 19hb Mac 2010

22 March 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

Belon udara panas yang tersadai di tepi jalan raya.

Persiapan untuk acara Night Glow sedang bermula.




Gelagat si ayah membawa anak kecilnya untuk melihat belon udara panas.

Gelagat si jurugambar.

Acara Night Glow bermula. Night Glow adalah persembahan belon udara panas menyala-nyala mengikut alunan musik yang diputarkan.



Kemuncak acara, Pertunjukan Bunga Api.

17 March 2010

Percubaan Teknik Light Trail



Lokasi: Bilik Penulis, Mutiara Sentul Condominium, Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

P/S: Sila Beri Tunjuk Ajar...

16 March 2010

Bokeh-Bokehan


In photography, bokeh is the blur,[1][2] or the aesthetic quality of the blur,[3][4][5] in out-of-focus areas of an image, or "the way the lens renders out-of-focus points of light."[6] Differences in lens aberrations and aperture shape cause some lens designs to blur the image in a way that is pleasing to the eye, while others produce blurring that is unpleasant or distracting— "good" or "bad" bokeh, respectively.[1] Bokeh occurs for parts of the scene that lie outside the depth of field. Photographers sometimes deliberately use a shallow focus technique to create images with prominent out-of-focus regions. - Wiki

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat ditangkap oleh penulis ketika berada di kampung halaman. Sila beri tunjuk ajar.












15 March 2010

Sate Tulang Dataran Senawang

Sate Tulang? Bagaimana agaknya rupa sate tulang? Adakah seperti Sup Tulang? Perbagai persoalan timbul ketika penulis memasuki Restoren Dinda yang terletak di Dataran Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus itu. Restoren yang agak sederhana besar terletak di lot hujung bangunan rumah kedai di Dataran Senawang (Berhampiran Sate Kajang Hj Samuri) sememangnya mengundang seribu pertanyaan bagaimana agaknya rupa Sate Tulang yang diperkatakan.

Restoren Dinda yang terletak di Dataran Senawang.

Terpandangkan kain rentang akhbar Kosmo menarik perhatian penulis untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dikatakan Sate Tulang sementara hidangan yang dipesan sampai. Ada disebut, sate tulang diperbuat daripada daging ayam yang dihancurkan, digaul bersama rempah ratus sebelum sate dibakar diatas arang. Sate Ayam, Daging, Rusa, Perut, Arnab dan Rusa adalah sate biasa yang dihidangkan di Malaysia, tetapi Sate Tulang ini adalah pertama kali didengar oleh penulis ketika ini. Secucuk sate tulang dijual dengan harga RM1.

Kain Rentang Sate Tulang.

Sate Ayam VS Sate Tulang

Selain hidangan sate tulang, terdapat juga sate-sate lain yang dihidangkan disamping makan-makan panas biasa yang boleh dipesan oleh pengunjung restoren ini.

Bihun Tom Yam

Sate Tulang yang sedang hangat dibakar.

Kelihatan peniaga Sate Tulang sedang menyediakan sate yang dipesan oleh pengunjung.

Secara keseluruhannya, Sate Tulang bukanlah suatu yang baru bagi pengunjung Restoren Dinda, ia mempunyai tarikan yang agak tersendiri dan istimewa. Bagi mereka yang inginkan kelainan untuk menikmati hidangan sate, boleh mencubanya dengan datang sendiri di Restoren Dinda, Dataran Senawang (Kawasan Giant dan McDonalds Senawang). Restoren ini juga menyediakan kemudahan tempahan sate. Semoga entry kali ini dapat menjawab persoalan apakah yang dikatakan sate tulang. Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera.

MK. MKstreet.com

13 March 2010

JB Trip Part 8 (End) - Satay Restoren Warisan Wak Radol

Sebelum penulis kembali ke Kuala Lumpur dalam rangka lawatan Johor Bahru ini, penulis bersama 9W2HCT/ Dice/ Faiz (http://9w2hct.blogspot.com), dan Ajim sempat meluangkan masa untuk menikmati Sate Wak Radol yang terkenal itu. Jika di Kajang, semua orang kenal Haji Samuri, di Negeri Sembilan, Satay R&K, tetapi apabila sampai di Johor Bahru, sebut sahaja satay, maka akan terbayangkan satay Wak Radol yang sangat menyelerakan itu. Terdapat dua restoren Satay Wak Radol, Kempas dan Taman Kemas. Penulis dan kawan-kawan mengunjungi restoren yang terletak di Taman Kemas.

Penulis sampai di restoren sekitar waktu selepas Asar, dimana pekerja-pekerja restoren sedang sibuk menyusun meja dan menghidupkan bara untuk membakar satay. Penulis diberitahu, satay hanya akan dibakar sekitar jam 6petang. Penulis menetapkan pendirian untuk terus menunggu untuk menikmati satay Wak Radol ini. Sementara menunggu satay, penulis memesan Soto Nasi dan kawan-kawan lain memesan makan masing-masing.

Penulis juga ada menjemput kawan-kawan yang tinggal sekitar Bandar Bahru Uda, Kampung Melayu dan Kampung Rahmat untuk bersama-sama penulis menikmati satay, malangnya semuanya ada komitmen masing-masing. Hanya 9W2MME (Syed Isa-WPC) menyahut seruan satay penulis. Beliau sempat meluangkan masa bersama penulis dan kawan-kawan menikmati satay Wak Radol.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat penulis tangkap ketika menikmati satay Wak Radol.

Soto Nasi Wak Radol

Sate Ayam dan Babat (Perut)

Sate Daging yang memang terbaik.

Ini adalah entry terakhir penulis sepanjang rangka lawatan penulis dan kawan-kawan ke Johor Bahru. Semoga dapat dikongsikan bersama pembaca-pembaca sekalian, semoga terhibur dan terliur. Peace.

11 March 2010

JB Trip Part 7 - Sri Mersing








Lokasi: Bandar Tepian Sungai, Mersing.
Kelibat: Dice, MK, Cikgu Fadzil, Ajim, Jerry.
Jurugambar: Dice (http://9w2hct.blogspot.com)
Powered by Blogger.