13 April 2010

Popiah Ujong Pasir, Melaka



Sebut pasal popiah, mesti semua orang yang meminatinya akan rasa terliur. Penulis yang selama ini berasal dari Melaka tidak pernah mendengar mengenai Popiah Ujong Pasir. Sewaktu pulang ke kampung pada cuti kelmarin, penulis sibuk bertanyakan kawan-kawan mengenai kedai popiah yang dikatakan sedap itu. Akhirnya dengan bantuan beberapa orang kawan, penulis berjaya menemukan kedai tersebut.

Letaknya di sebelah Hotel Arenaa De Luxe yang baru dilancarkan di Ujong Pasir. Lebih senang lagi jikalau ingin mencari, jika anda dari Padang Temu atau turun dari Bukit Senjuang (St. John Fort), kedainya terletak di sebelah kiri anda sebelum anda bertemu bangunan penjara Banda Hilir. Kedai ini menjual kuih-muih kampung untuk hidangan minum petang anda. Apa yang menarik, terdapat tiga hidangan popiah utama iaitu Popiah Ayam, Daging dan Udang. Bagi yang alergi dengan Udang, boleh lah merasa popiah Ayam dan Daging sahaja. Popiah hanya akan disediakan apabila dipesan. Anda boleh makan di situ sambil menikmati teh tarik atau membungkusnya pulang untuk dimakan bersama keluarga. Secara keseluruhannya, rasa popiah di sini adalah lain dari yang lain dan ianya sangat murah dan berpatutan. Setiap popiah dijual dengan harga RM1 sekeping.

Jikalau anda mengunjungi Bandaraya Melaka, jangan lupa masukkan destinasi ini dalam senarai destinasi wajib anda. Selamat mencuba.

Restoren Asam Pedas, Setiawangsa

Anda tahu mengenai masakan Asam Pedas? Bukankah Asam Pedas itu terkenal di negeri Melaka? Di sini penulis ingin berkongsi masakan Asam Pedas yang terdapat di Kuala Lumpur pula. Letaknye berdekatan LRT Setiawangsa dan ibupejabat KRU. Penulis pada mulanya agak tertanya-tanya bagaimanakah rasanya masakan asam pedas yang terdapat di Kuala Lumpur. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat penulis ambil menggunakan kamera telefon bimbit penulis yang tidak berapa canggih.



Masakan Asam Pedas Ikan Pari
.

Masakan Asam Pedas Ikan Tenggiri


Restoren Asam Pedas Setiawangsa.


Hidangan Utama: Pelbagai Jenis Masakan Asam Pedas
Harga: Antara RM9- RM25
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 3.5/5
Keseluruhan: 4/5

P/S: Pastikan anda masukan dalam Wish List makanan anda.

Restoren Anje, Nasi Beriani Gam Johor

Setelah diselak-selak gambar-gambar dalam telefon bimbit penulis, rupanya banyak lagi gambar-gambar makanan dan tempat makan yang menarik yang tidak sempat di pos oleh penulis. Kali ini penulis ingin berkongsi tempat makan Nasi Beriani Gam Johor yang sedap dengan harga yang paling berpatutan terletak di Bandar Baru Bangi Seksyen 15.


Restoren Anje, 15, Jalan SS 15/1C, 43560 Bandar Baru Bangi.

Restoren ini sentiasa dipenuhi oleh peminat-peminat beriani untuk makan tengah hari. Pengunjung boleh menyaksikan orang ramai beratur untuk menikmati makan tengah hari di Restoren Anje ini. Dengan harga yang berpatutan dan murah, disamping servis yang cekap, menjadikan restoren ini pilihan pengunjung-pengunjung di kawasan Bangi dan Kajang. Selain itu, tempat ini mendapat tempat bagi penduduk yang bekerja sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.


Nasi Beriani Kambing Power.


Nasi Beriani Ayam Power.

Secara keseluruhannya, penulis amat berpuashati menikmati makan tengah hari di sini. Berikut adalah penilaian penulis.

Hidangan Utama: Nasi Beriani Gam Ayam/Daging/Kambing

Harga: Antara RM7 - RM10
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 4/5
Keseluruhan: 4/5

06 April 2010

HDR - Permandangan dari tingkap

Berikut adalah gambar-gambar yang ditangkap dari tingkap rumah penulis. Gambar-gambar itu kemudian diproses menggunakan teknik HDR (High Dynamic Range). Ulasan dan komen yang membina amat dialu-alukan. Sila beri tunjuk ajar.










Powered by Blogger.