17 May 2010

Exist - Alasanmu


Ikhlasnya hati sering kali disalah erti Tulusnya budi tidak pernah engkau hargai Berlalu pergi dengan kelukaan ini Ku mengalah,ku bersabar  Bertentang mata seolah olah tiada apa Berpaling muka ada saja yang tidak kena Mencari sebab serta alasan yang kukuh Supaya tercapai hajatmu  Manis di bibir memutar kata Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya Siapa terlena pastinya terpukau Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan  Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku Tetapi bagiku pula suatu ketenangan Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia Selagi tidak kau ubah cara hidupmu  Ada rahmatnya bila tidak lagi bersama Terasa jauh diriku ini dengan dosa Ku tinggalmu walau tanpa kerelaan yang nyata Kau tidak berubah  Bertentang mata seolah olah tiada apa Berpaling muka ada saja yang tidak kena Mencari sebab serta alasan yang kukuh Supaya tercapai hajatmu  Manis di bibir memutar kata Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya Siapa terlena pastinya terpukau Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan  Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku Tetapi bagiku pula suatu ketenangan Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia Selagi tidak kau ubah cara hidupmu  Katalah apa yang kau ingin Selagi kau dapat berkata Memang begitu sikapmu semenjak dahulu Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia Selagi tidak kau ubah cara hidupmu

11 May 2010

Asam Pedas Pokok Besar, Taman Kota Laksamana

Pada hari Ahad, penulis ditemani seorang rakan telah menyusuri sekitar Banda Hilir untuk sesi mengisi perut. Sekitar pukul 6.30 petang, suasana jalan yang agak selesa kerana penghujung hari Ahad. Agakan penulis bahawa semua orang yang ke Melaka sudah mulai kembali ke tempat masing-masing seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan sebagainya. Keadaan jalanraya ketika itu memang lengang. Penulis sampai di Taman Kota Laksamana terus mencari Asam Pedas Pokok Besar yang diceritakan oleh seorang rakan dari Kuala Lumpur.



Penulis telah memesan masakan Asam Pedas Ikan Jenahak, manakala rakan penulis memesan Asam Pedas Ikan Pari.


Asam Pedas Ikan Jenahak


Asam Pedas Ikan Pari

Secara keseluruhannya, rasa asam pedas di sini tidak banyak bezanya dengan masakan di tempat lain, cuma apa yang menarik di sini memang lebih "Power". Pedasnya memang boleh membuatkan anda berpeluh seperti selepas bersenam. Pedas dan "Power" itulah yang dikatakan oleh pengunjung-pengunjung di restoren ini. Selain itu terdapat juga masakan asam pedas ikan kembung dan lain-lain ikan mengikut masa-masa tertentu.


Hidangan Utama: Pelbagai Jenis Masakan Asam Pedas
Harga: Antara RM7- RM10
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 4/5
Keseluruhan: 4/5

06 May 2010

Penyusunan Semula MKstreet.com

Setelah sekian lama dengan antaramuka web yang lama, kini penulis telah kembali mengatur langkah untuk menyusun semula laman MKstreet ini. Rekabentuk telah diambil dari tema Wordpress dan disusun-atur semula oleh Technology Tricks dan kemudian digunapakai di laman MKstreet.

Rekabentuk yang dahulunya dirasakan penulis tidak teratur itu telah di susun semula agar kelihatan lebih ringkas dan padat dan sesedap mata memandang. Penulis mengharapkan komen dan kritikan yang membina daripada pengunjung-pengunjung yang datang ke MKstreet. Semoga dengan kemasan baru ini, MKstreet dapat memberikan apa yang pengunjung-pengunjung semua harapkan apabila berkunjung ke sini. Penulis berjanji untuk mengemaskini laman ini dengan lebih kerap dan menyiarkan artikel-artikel yang lebih menyelerakan pada masa akan datang. Selamat berblog dan selamat membaca.

05 May 2010

Wedding | Fiza + Razak III

Berikut adalah gambar-gambar rakan-rakan yang sempat diambil oleh penulis di Majlis Perkahwinan Fiza dan Razak yang berlansung pada 1hb Mei 2010 di Kampuung Semabok, Melaka. Penulis mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan mempelai.

Kasut Cinderella...

DJ yang best...



















"Kami sudah mahu pulang... "

Wedding | Fiza + Razak II

Berikut adalah gambar-gambar sekitar acara Makan Berdamai Fiza dan Razak yang berlansung pada 1hb Mei 2010 di Kampuung Semabok, Melaka. Penulis mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan mempelai.








Wedding | Fiza + Razak I

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Persandingan Fiza dan Razak yang berlansung pada 1hb Mei 2010 di Kampuung Semabok, Melaka. Penulis mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan mempelai.
















Solemnization | Fiza & Razak

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Pernikahan Fiza dan Razak yang berlansung pada 1hb Mei 2010 di Kampuung Semabok, Melaka. Penulis mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan mempelai.









[HDR Monochrome Version]
Powered by Blogger.