11 May 2010

Asam Pedas Pokok Besar, Taman Kota Laksamana

Pada hari Ahad, penulis ditemani seorang rakan telah menyusuri sekitar Banda Hilir untuk sesi mengisi perut. Sekitar pukul 6.30 petang, suasana jalan yang agak selesa kerana penghujung hari Ahad. Agakan penulis bahawa semua orang yang ke Melaka sudah mulai kembali ke tempat masing-masing seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan sebagainya. Keadaan jalanraya ketika itu memang lengang. Penulis sampai di Taman Kota Laksamana terus mencari Asam Pedas Pokok Besar yang diceritakan oleh seorang rakan dari Kuala Lumpur.



Penulis telah memesan masakan Asam Pedas Ikan Jenahak, manakala rakan penulis memesan Asam Pedas Ikan Pari.


Asam Pedas Ikan Jenahak


Asam Pedas Ikan Pari

Secara keseluruhannya, rasa asam pedas di sini tidak banyak bezanya dengan masakan di tempat lain, cuma apa yang menarik di sini memang lebih "Power". Pedasnya memang boleh membuatkan anda berpeluh seperti selepas bersenam. Pedas dan "Power" itulah yang dikatakan oleh pengunjung-pengunjung di restoren ini. Selain itu terdapat juga masakan asam pedas ikan kembung dan lain-lain ikan mengikut masa-masa tertentu.


Hidangan Utama: Pelbagai Jenis Masakan Asam Pedas
Harga: Antara RM7- RM10
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 4/5
Keseluruhan: 4/5

2 comments:

Atiqah Adnan said...

mesti cuba nie!!
saya suka asam pedas...

Kapten said...

dah jadi blog makanan rupanya neh
hehe


Latest:Santai: Aku dan Mesin Vending Nescafe

Powered by Blogger.