14 June 2010

Roti Jala, Stadium Alor Setar

Sewaktu penulis berada di negeri jelapang padi sempena majlis resepsi antara Razak dan Fiza, penulis telah dibawa untuk menikmati sarapan Roti Jala istimewa yang terletak di perkarangan Stadium Alor Setar. Penulis diperkenalkan dengan kuah daging dan kuah ayam yang sangat sedap dan sungguh menyelerakan. Roti jala yang disediakan sangat besar, hampir semua yang ditemui berkata, hanya sekeping pun sudah cukup mengenyangkan.

Penulis bukan tidak cukup sekeping, tetapi untuk menikmati kedua-dua jenis kuah (kari ayam dan kari daging), penulis terpaksa menambah satu lagi roti jala. Sungguh berbaloi-baloi dengan harga yang berpatutan. Penulis ingin berterima kepada pasangan Razak dan Fiza kerana memberi kesempatan merasai roti jala yang enak dan terkenal ini sebelum penulis meneruskan perjalanan pulang. Kepada pengunjung yang mengunjungi Alor Setar, jangan lupa mencari roti jala yang terletak di perkarangan stadium ini. Berbaloi-baloi...

Roti jala dengan kari ayam.

Roti jala dengan kari daging.

09 June 2010

Nasi Ayam Moon's Kitchen, Pandan Indah

Jika sebelum ini, penulis pernah menulis mengenai Moon's Kitchen mengenai masakan Western, kali ini penulis membawakan Nasi Ayam Moon's Kitchen. Jika kita biasa dengan masakan nasi ayam, semuanya rasa seperti lebih kurang, penyediaannya sama dengan nasi ayam biasa yang kita makan, tapi di Moon's Kitchen anda perlu menumpukan deria rasa anda lebih kepada nasi ayam itu sendiri. Rasa nasinya sendiri sangat sedap dan cukup rasa membuatkan pengunjung akan datang ke sini untuk menikmatinya untuk kali kedua atau mungkin ketiga. Ayamnya yang cukup masak dan lembut menambahkan lagi selera makan anda. Kicap yang disediakan juga tidak seperti nasi ayam lain, disini peniaga menggunakan kicap pekat. Selain itu, cilinya juga sangat sedap hingga tidak cukup dan membuatkan anda meminta untuk ditambah. Nasi ayam ini disediakan pada waktu makan tengah hari sahaja, manakala masakan Western disediakan di sebelah petang hingga ke lewat malam.


Penulis pernah beberapa kali berputih mata ketika waktu makan tengah hari kerana nasi ayam telah pun habis dijual. Begitu laku sekali jualan Nasi Ayam Moon's Kitchen. Jika anda berada di sekitar Pandan Indah, jangan lupa singgah untuk merasa sendiri nasi ayam di sini. Jika anda lambat, anda mungkin akan berputih mata seperti penulis sebelum ini.



Untuk rujukan artikel mengenai Moon's Kitchen terdahulu, sila klik berikut:-

08 June 2010

Akim AF7 - The Photographers and The Singer

Sewaktu bertugas sebagai jurugambar dalam sebuah acara di MAEPS baru-baru ini, penulis berpeluang bertemu dengan Akim AF7, seorang penyanyi yang dikenali ramai dan sedang meningkat naik pada masa ini. Antara lagu yang menaikkan nama Akim adalah "Bengang" dan yang terbaru "Inilah Cinta". Penyanyi ini boleh dikatakan sempoi dan senang menerima kehadiran peminat dan jurugambar. Beliau begitu tenang dan bersahaja ketika penulis meminta untuk bergambar bersama. Pada malam itu Akim menyanyikan lagu "Inilah Cinta" dan lagu yang dipopularkan oleh Michael Jackson iaitu "Billie Jean". Terima kasih kepada Akim AF7 yang sudi melayan karenah jurugambar dan penulis sendiri.


Inilah Cinta-Akim AF7

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia


Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta


Billie Jean-Michael Jackson

She was more like a beauty queen from a movie scene
I said don't mind, but what do you mean I am the one
Who will dance on the floor in the round
She said I am the one, who will dance on the floor in the round

She told me her name was Billie Jean, as she caused a scene
Then every head turned with eyes that dreamed of being the one
Who will dance on the floor in the round

People always told me be careful of what you do
And don't go around breaking young girls' hearts
And mother always told me be careful of who you love
And be careful of what you do 'cause the lie becomes the truth

Billie Jean is not my lover
She's just a girl who claims that I am the one
But the kid is not my son
She says I am the one, but the kid is not my son

For forty days and for forty nights
The law was on her side
But who can stand when she's in demand
Her schemes and plans
'Cause we danced on the floor in the round
So take my strong advice, just remember to always think twice
(Do think twice)

She told my baby we'd danced till three, then she looked at me
Then showed a photo my baby cried his eyes were like mine (oh, no!)
'Cause we danced on the floor in the round, baby

People always told me be careful of what you do
And don't go around breaking young girls' hearts
She came and stood right by me
Then the smell of sweet perfume
This happened much too soon
She called me to her room

Billie Jean is not my lover
She's just a girl who claims that I am the one
But the kid is not my son

Billie Jean is not my lover
She's just a girl who claims that I am the one
But the kid is not my son
She says I am the one, but the kid is not my son

She says I am the one, but the kid is not my son
Billie Jean is not my lover
She's just a girl who claims that I am the one
But the kid is not my son
She says I am the one, but the kid is not my son

She says I am the one, but the kid is not my son
She says I am the one

Billie Jean is not my lover
Billie Jean is not my lover
Billie Jean is not my lover
Billie Jean is not my lover
Billie Jean is not my lover

Billie Jean is
Billie Jean is
Billie Jean is

Not my lover
Not my lover
Not my lover
Not my lover

Billie Jean is not my lover (she is just a girl)
Billie Jean is not my lover (she is just a girl)
Billie Jean is not my lover (she is just a girl)
Billie Jean is not my lover (she is just a girl)

Billie Jean is
Billie Jean is

Billie Jean is not my lover
Billie Jean is not my lover

Billie Jean is
Billie Jean is

Billie Jean is not my lover
Billie Jean is not my lover

Billie Jean is
Billie Jean is
Powered by Blogger.