09 June 2010

Nasi Ayam Moon's Kitchen, Pandan Indah

Jika sebelum ini, penulis pernah menulis mengenai Moon's Kitchen mengenai masakan Western, kali ini penulis membawakan Nasi Ayam Moon's Kitchen. Jika kita biasa dengan masakan nasi ayam, semuanya rasa seperti lebih kurang, penyediaannya sama dengan nasi ayam biasa yang kita makan, tapi di Moon's Kitchen anda perlu menumpukan deria rasa anda lebih kepada nasi ayam itu sendiri. Rasa nasinya sendiri sangat sedap dan cukup rasa membuatkan pengunjung akan datang ke sini untuk menikmatinya untuk kali kedua atau mungkin ketiga. Ayamnya yang cukup masak dan lembut menambahkan lagi selera makan anda. Kicap yang disediakan juga tidak seperti nasi ayam lain, disini peniaga menggunakan kicap pekat. Selain itu, cilinya juga sangat sedap hingga tidak cukup dan membuatkan anda meminta untuk ditambah. Nasi ayam ini disediakan pada waktu makan tengah hari sahaja, manakala masakan Western disediakan di sebelah petang hingga ke lewat malam.


Penulis pernah beberapa kali berputih mata ketika waktu makan tengah hari kerana nasi ayam telah pun habis dijual. Begitu laku sekali jualan Nasi Ayam Moon's Kitchen. Jika anda berada di sekitar Pandan Indah, jangan lupa singgah untuk merasa sendiri nasi ayam di sini. Jika anda lambat, anda mungkin akan berputih mata seperti penulis sebelum ini.



Untuk rujukan artikel mengenai Moon's Kitchen terdahulu, sila klik berikut:-

0 comments:

Powered by Blogger.