19 October 2010

Sarapan Satay Muar

Pernahkah anda makan satay pada waktu pagi? Rasa macam agak pelik kan makan satay di waktu pagi. Bagi penduduk Malaysia, biasanya satay dimakan pada waktu petang atau sewaktu makan malam, tetapi tidak pada penduduk di Muar. Bagi mereka yang tinggal di Muar, bersarapan satay adalah perkara biasa bagi meraka.

Restoren satay yang dikunjung ini terletaknya berhadapan dengan stesen bas dan teksi Bentayan dan berhampiran dengan 7-Eleven. Penulis tiba agak lewat sekitar hampir pukul 11.00pagi, tetapi pengunjung masih kelihatan agak penuh disini. Penulis memesan satay dan teh tarik yang menjadi minuman kegemaran penulis di waktu sarapan pagi. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil untuk santapan mata pengunjung MKstreet. Agaknya bolehkah idea ini dibawa ke bandar-bandar lain seperti Kuala Lumpur?



Teh Tarik dan Satay Ayam sebagai sarapan.


2 comments:

Anonymous said...

as one off johorian...1st time juga mendegar satay sebagai srapan pagi, mugkin kelainan yang diberi memberikan lebih banyak peluang utk rkyat malaysia menikmati makanan pada bila2 masa...

biasanya satay ni hanya boleh diperolehi di psar malam, pasar lambak n pasar mggu jer....

Afidah Khamis said...

Saya orang Muo. Saya suka makan sate. Orang Muo memang sarapan sate. Belilah sate di kedai hijau dekat sebelah Buddhist temple...*peace*

Powered by Blogger.