Keropok Amplang? Pertama kali penulis mendengarnya agak pelik, apatah lagi menyebutnya, "Amplang". Keropok ini permberian buah tangan dari seorang sahabat yang sekarang ini menetap di Sabah. Hari ini, penulis membawa keropok ini ke pejabat untuk dimakan bersama rakan-rakan pejabat yang lain. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Licin.
Keropok Amplang ini merupakan keropok ikan yang saiznya kecil sedikit dari bola ping-pong. Rasanya sangat sedap, sesuai dimakan bila-bila masa. Lebih sedap jika ada yang membuatkan teh atau kopi panas. Keropok amplang sangat rangup, jika memakannya, seolah-olah tidak boleh hendak berhenti makan sehingga habis. Penulis masih mencari dimanakah hendak mendapatkan sumbernya di kawasan Lembah Kelang. Kepada pengunjung yang mengetahui dimana penulis boleh mendapatkan keropok ini (selain dari kirimian dengan orang yang pergi ke Sabah) sila hubungi penulis di 012-619 3964 atau emel ke me2muhamad@gmail.com agar penulis boleh berkongsi rasa kerangupan keropok Amplang yang rangup ini.
Keropok Amplang