02 December 2010

Keropok Amplang Rangup dari Sabah

Keropok Amplang? Pertama kali penulis mendengarnya agak pelik, apatah lagi menyebutnya, "Amplang". Keropok ini permberian buah tangan dari seorang sahabat yang sekarang ini menetap di Sabah. Hari ini, penulis membawa keropok ini ke pejabat untuk dimakan bersama rakan-rakan pejabat yang lain. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Licin.

Keropok Amplang ini merupakan keropok ikan yang saiznya kecil sedikit dari bola ping-pong. Rasanya sangat sedap, sesuai dimakan bila-bila masa. Lebih sedap jika ada yang membuatkan teh atau kopi panas. Keropok amplang sangat rangup, jika memakannya, seolah-olah tidak boleh hendak berhenti makan sehingga habis. Penulis masih mencari dimanakah hendak mendapatkan sumbernya di kawasan Lembah Kelang. Kepada pengunjung yang mengetahui dimana penulis boleh mendapatkan keropok ini (selain dari kirimian dengan orang yang pergi ke Sabah) sila hubungi penulis di 012-619 3964 atau emel ke me2muhamad@gmail.com agar penulis boleh berkongsi rasa kerangupan keropok Amplang yang rangup ini.


Keropok Amplang

5 comments:

Carlos Seira said...

Sy Sabahan tapi tak tau pun amplang ni dari tawau sampailah pijak semenanjung ni.. dah duduk sini baru tau.. amplang ni banyak pengeluar, kena yang sedap ok lah. kena yang tak sedap rasa mcm tak nak beli lagi dah.

Anonymous said...

setahu saya keropok amplang nie xde d jual kat semenanjung nie.. xpnah jmpe lagi. kalau nak pesan kat org sabah jer. especially org tawau, sabah. ada lagi keropok sabah yg sedap. keropok cincin. try to fnd it out. i'm sure u akan suke jgak yg tue:)

Anonymous said...

Salam, sy org sabah (Tawau) dan mmg kampung saya,(Kg Wakuba) sgt terkenal dengan amplang yang paling sedap... mmg tiap kali, family sy dtg, mesti bawak amplang kampung nie... nyam2.. klu nak tempah, bolehlah nnt sy mintak adik sy poskan.

hubungi saya : yatie cha (016-9262051)

danial said...

saya org tawau asal sebenar keropok ampalng ini dari tawau keropok ini dihasilkan oleh keluraga rosmie bersaudara ini adalah pengeluar pertama amplang..kalu penulis mau tempah boleh sila ambil ne no 019-8047520 rozikin suratman

danial said...

saya org tawau setahu saya ampalng berasal dari tawau..dan pengeluar pertama ni keropok adalah rosmie bersaudara kalu mau buat tempahan 019-8047520

Powered by Blogger.