16 August 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Di kesempatan ini, MK ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada entry post MK di blog yang yang membuatkan anda sentap dan jika ada tugasan yang kurang sempurna dilakukan. Semoga MK dapat memperbaiki dari semasa ke semasa. Kepada kawan-kawan yang pulang ke kampung halaman, tidak kira jauh atau dekat, MK berharap anda semua berhati-hati sewaktu memandu. Ingatlah orang yang tersayang. Kepulangan anda adalah untuk dirai dan bukan untuk ditangisi. 

Kepada yang masih tercari-cari jurugambar untuk majlis anda, boleh segera menghubungi saya untuk tempahan atau temujanji. Tempat yang tinggal adalah terhad. MK telah mula menerima tempahan untuk tahun 2013. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan diskaun menarik untuk tempahan awal. 

Akhir sekali, selamat bercuti dan bercutilah dengan selamat. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
-MKStreet Photo

0 comments:

Powered by Blogger.